Thursday, June 18, 2015

Rantai Rasa

Malam itu, Jue dan Meo berdiri diatas roof top di tengah Kota Paris. Mereka sedang asyik menghayati persembahan bulan dan bintang sambil ditemani lagu-lagu oleh kugiran kegemaran mereka iaitu Hujan. Meo toleh ke kanan untuk melihat wajah Jue dari sudut tepi, yang tidak berhenti senyum dari tadi sambil mendongak ke awan. 

"Jue, kau ingat tak dulu masa aku cakap kat kau, dengan satu ciuman kita boleh berhentikan masa"

Jue ketawa kecil. Dia turut toleh ke kiri untuk membalas pandangan Meo yang dari tadi tak beralih. Dia senyum sambil mendalami pasangan mata sepet milik Meo itu. 

"Kau tak move on lagi kan? Dah 10 tahun kot waktu tu berlalu. Umur aku dah 26. Dah lama tinggalkan bangku sekolah."

"Jue, kau tahu kan? Aku akan sentiasa tunggu kau?"

Jue terdiam. Dipandangnya pula pada lantai tempat kakinya berdiri. Tiba-tiba segan dengan langit yang perhatikan mereka dari tadi. 

"Jadi, kenapa? Kenapa kita masih macam ni? Kita memang akan macam ni sampai bila-bila ke?"

Meo masih lagi memandang Jue. Baginya, rupa bentuk Jue pada masa sekarang jauh lagi menarik dari Kota Paris yang sedang ghairah berbaju malam. Meo cuba mendekati Jue, lalu dicapai tangan kanan Jue yang kecil itu. Dengan perlahan, Meo menarik badan Jue. Tanpa diganggu perasaan janggal, Jue menanam wajahnya pada dada Meo dan dipeluk erat badan lelaki separuh manusia itu. Jue mula menangis. Tidak lama kemudian, dia ketawa lagi.

"Ingat tak? Dulu kau cuba untuk peluk aku, tapi aku cakap simpan untuk lain kali."

"Ingat"

"Jadi kenapa kita masih macam ni?"

"Kan kita dah janji. Kita tak mahu binasa, jadi kita biarkan hati kita berpaut dengan rantai rasa ini"

Jue mengelap air matanya. Dia mengeluarkan telefon bimbit dari kocek bajunya. Terdapat beberapa missed call. Meo mengesat baki air mata yang masih bertenggek di pipi Jue. Jue mengambil kesempatan manis itu dengan memegang tangan Meo yang berada dipipinya. Meo terlihat cincin pada jari manis Jue. Dengan perlahan-lahan, dia melepaskan genggaman tangan Jue. 

"Pergilah, dia tengah tunggu kau tu."

Jue tersenyum. Dia cuba untuk mengusap rambut Meo, malangnya dia cuma sempat mencapai beberapa helai rambut sahaja sama ada kerana Jue terlalu pendek atau Meo sengaja meninggikan dirinya. 

"Janji kau akan pegang rantai rasa ni sampai bila-bila?"

"Janji"

Lalu Jue pun berlari-lari anak untuk masuk ke dalam rumahnya. Sebaik sahaja Jue buka pintu rumah, suaminya sedang berdiri di ruang tamu. Namun, wajah suami Jue dengan sengajanya tidak digambarkan melalui tulisan supaya pembaca akan tertanya-tanya siapakah suami Jue itu. 

Meo yang dari tadi perhatikan Jue sehingga dia masuk ke dalam rumah kini perlahan-lahan mengghaibkan diri disebalik angin.

0 review: