Kau bilang aku banyak fikir
tapi ternyata kau tu cuma seorang,
tak banyak pun.
Kau rasa aku ni terlalu sensitif
maaflah,
buat masa ni aku cuma ada perasaan
untuk gambarkan yang aku ada sayang.
Ya.
Aku yang mula dulu
habis bengang blah macam tu
tadi yakin sekarang ragu-ragu
nak minta maaf pun malu-malu
kan dah rindu.
Ya.
Aku yang kurang itu ini
tak matang tapi buat-buat berani
buat salah pastu cabut lari
dah cengeng baru sedar diri
kan dah sunyi.
Sekarang aku tunggu
ada ke dia teringat kat aku
sebab kalau esok dia belanja senyum
aku layak terima hukuman.
Alee Isa
2 Disember 2013
If our love is insanity why are you my clarity?
Monday, December 2, 2013
Coded
Borak situasi wbbt pada pukul 8:25 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 review:
Post a Comment