Monday, January 6, 2014

BFF

Aminah merupakan seorang pelajar tingkatan lima. Hari-hari, dia akan ke perpustakaan bukan untuk meminjam buku, bukan untuk usha awek mahupun menjadi nerd segera, tetapi untuk memerhatikan pelajar-pelajar yang lain, disebalik rak-rak buku yang ada. Ya, agak creepy disitu. Aminah terpaksa melakukan kegiaatan ini kerap kerana Aminah mempunyai minat dalam bidang penulisan. Dia suka menulis cerita pendek mengenai semangat setia kawan. Walaubagaimanapun, Aminah tidak mempunyai sebarang teman akrab. Kali terakhir dia merasai nikmat mempunyai teman akrab ialah semasa dia dibangku sekolah tadika. 

Pada masa lapang, Aminah akan acah-acah mencari buku tetapi dia sebenarnya sedang mendengar perbualan sekumpulan kawan baik. Sisterhood katanya. Aminah gelak seorang diri. Namun, Aminah bukanlah seorang mad freak seperti dalam mana-mana cerita psiko asrama, dimana seorang perempuan antagonis itu adalah seorang lesbian yang pernah membunuh ramai lelaki kerana merampas bff-nya. Aminah ada ramai kawan. Semua orang senang mendekatinya tetapi dia sendiri mengelak dari mempunyai kawan rapat. Bukannya tak ada orang yang ajak dia menonton wayang atau menggedik over Forever 21 dan H&M. Aminah cuma tak selesa. Paranoid pun ada. Takut itu dan ini. Takut pada kehilangan, seperti yang dia pernah rasa. 

Suatu hari, ketika didalam kelas matematik tambahan, Halim dimarah oleh Cikgu Lee kerana tidak menyiapkan kerja sekolah yang diberinya kelmarin. "Keluar dari kelas ni! Kau duduk kat luar sana! Jangan duduk dengan pelajar yang rajin!". Tanpa melengahkan waktu dan kejanggalan, Halim keluar dari kelas dan berdiri di koridor. Jam pada waktu itu ialah pukul 12 tengah hari. Ya, satu jam sahaja lagi untuk balik rumah tetapi cari gaduh juga untuk diri tengah panas dengan keadaan dalam kepala terbayang nasi putih dan telur goreng kat rumah. Aminah memerhatikan Halim. Kawan-kawannya hanya mampu menggelakkan dia tanpa membuat Cikgu Lee perasan tingkah laku mereka. Halim hanya mampu mengeluarkan jari tengahnya yang agung bila Cikgu Lee sedang memeriksa buku pelajar yang lain. Aminah terfikir sesuatu. Tidak lama kemudian, Cikgu Lee tiba dimeja Aminah. Aminah dengan yakinnya menjawab "Buku saya tertinggal, Cikgu." Ia menambahkan lagi radang Cikgu Lee. "Keluar sana!". Aminah pun keluar kelas sambil Halim memerhatikan dia dengan wajah yang hairan. Aminah memandang Halim sambil berkata "Aku boring. Dah, jangan tanya". Halim gelak kecil. 

Sebenarnya buku Aminah ada didalam begnya. Sengaja dimengaku tak bawa. Aminah tersenyum. Dia belajar sesuatu pada hari itu. 

0 review: