Wednesday, September 25, 2013

The existential truth

Amin dan Amani duduk di atas bumbung rumah mereka sambil menghayati persembahan langit senja pada petang tu. Halusinasi mereka sedang memainkan lagu Valtari karya Sigur Ros. Amani mengeluarkan lighter dan sekotak rokok dalam kocek baju sekolahnya. Sambil diperhatikan oleh Amin, Amani membakar salah satu rokok tersebut lalu menikmati setiap partikel ghairah didalamnya.

"Jangan bagitahu Mak", ujar Amani.

Amin mengalihkan tenungannya tadi kepada subjek yang boleh mencipta topik baru untuk diborak. Dari atas, Amin ternampak anak kucing yang sedang meminta susu dari ibunya. Ibu kucing sedang berbuntingkan adik-beradik tiri anak kucing tersebut. Tak dilayan anak kasihan itu, malah dimeow dengan garang sekali.

"Kak, kalau kau nampak anak kucing macam tu kan, apa kau buat?" tanya Amin.

"Aku? Amek susu dalam fridge pastu kasi dia la kot? Asal kau tanya tetiba?"

"Saja tanya".



**************



"Sudahlah hidup menumpang, menyusahkan orang pula!"

Amin tersentak. Fokusnya pada lukisan yang sedang dibuat terus terganggu. Amani dan ibu tiri mereka memang selalu bertekak, tapi tak seteruk kali ini. Amin keluar dari biliknya, terus bergegas ke dapur. Setibanya Amin di pintu dapur, Amani sudahpun terjatuh. Tangannya sedang menahan pipi yang sedang merah.

"Kakak kau dari curi duit aku. Kau nak curi apa pulak? Curi tengok masalah orang?"

Sebenarnya dah lama Amin dan Amani sudah tidak tahan tinggal bersama ibu tiri mereka yang bengis tu. Sejak ketiadaan abah, pasangan kembar itu terpaksa bergantung antara satu sama lain. Apa boleh buat, semua harta jatuh pada tangan perempuan terkutuk itu.

Amin mengeluarkan tangannya yang sedang memegang sebilah pisau. Kali ini, Amin yakin tindakannya betul. Ibu tiri jadi gelabah bila nampak tindakan badang Amin. Amani cuba menenangkan Amin.

"Amin, jangan. Dia tetap ibu kita"

Amin memandang mata Amani. Matanya berair.

"Maafkan aku"

Darah. Darah berserakan pada marbel dapur itu. Ibu tiri jatuh atas lututnya, menangis dengan penuh kesal. Didepannya, Amani sedang terbaring dengan penuh darah. Amin menapak kearah kakaknya, lalu duduk disebelah Amani dan memegang tangan milik orang yang ajalnya ditamatkan dengan sengaja itu. Ibu tiri berasa takut, lalu lari ke ruang tamu untuk menelefon polis. Amin masih lagi disebelah kakaknya. Setia disaat akhir sebelum menunggu takdir yang akan membawanya selepas ini. Penjara? Sekolah juvana? Mana-manalah, tak kisah. Yang penting tanggungjawabnya sudah sampai ke destinasi yang dirancang.

"Kak, kalau aku nampak anak kucing hari tu kan, aku amek batu pastu pecahkan kepala dia. Sebab orang yang baik tak layak tinggal dalam dunia dengan orang jahat macam mak kucing tu."















Lalu aku pun terfikir kenapa aku tak pernah ada kembar.

0 review: