Saturday, April 6, 2013

Sky-gazing

Aku ada cita-cita. Tapi dia sedang koma. Koma sama ada dia dalam proses untuk pulih, atau koma dan terus koma dan tidak ada peluang lagi untuk meneruskan hidup. Dia juga masih dalam koma kerana aku masih mengabaikan tanggungjawab aku untuk membuat pilihan kepada dua jalan takdir yang berbeza. Aku kat sini, ditepi katil, dimana cita-cita aku sedang koma. Bukan aku tak ambil kisah. Aku tak kisah buat masa ni kerana aku tengah pasti aku ada impian. 

Dua impian.

Dua. Setiap orang boleh memiliki berapa banyak pun impian dan dengan impian tersebut setiap orang boleh menanam seberapa banyak hasrat dan usaha sekalipun untuk memastikan mereka tercapai suatu hari nanti. Buat masa ni aku tak pasti ia impian semasa atau impian jangka masa yang panjang. Yang aku tahu, aku pasti aku ada dua impian sekarang ni. Walaubagaimanapun, dua impian ini tidak boleh dilaksanakan kerana aku cuma ada kemungkinan untuk melaksanakan salah satu impian sahaja, sekurang-kurangnya jika aku diberikan hidup dan mati cuma sekali. 

Pertama, aku mahu lihat seseorang berjaya mencapai cita-citanya. Seseorang yang aku percaya. Percaya adalah pemberian Tuhan, oleh itu aku percaya aku dipinjamkan peluang untuk melihat apa yang Tuhan pinjamkan pada dirinya. Seseorang ini mengingatkan aku yang kita semua cuma manusia. Dan aku pilih untuk percaya yang aku mahu melihat dia berjaya. Aku tak tahu berapa lama lagi ia akan berlaku, tapi aku percaya. Ia berlaku atau tidak, ia tetap satu impian. Aku kena percaya. 

Sekiranya yang disebut pertama tadi tidak akan berlaku, aku masih ada impian kedua. Mungkin aku hidup tak lama. Siapa tahu? Oleh itu kalaulah kehidupan aku yang singkat ini tidak dipanjangkan, aku mahu berharap dia akan berjaya mencapai cita-citanya, walaupun aku tak dapat menjadi saksi kepada hari tersebut. Ia berlaku atau tidak, ia tetap satu harapan. Doa adalah bukti kita masih memerlukan Tuhan kan?

0 review: