Tuesday, May 7, 2013

Y

Aku nak cerita ni. Aku belum 21. Belum layak untuk memilih pemimpin namun tak bermakna tak layak untuk memikirkan nasib negara. Jangan risau, aku takkan borak soal berita dari media mainstream. Aku faham.

Aku tak tahu betul ke tak Generasi Y ni dikatakan sekumpulan masyarakat yang majoriti memiliki sifat narsistik. Aku nak bagitahu yang aku setuju, tapi itu pun jelas menunjukkan yang sifat narsistik tu ada dalam diri aku. Curiosity. Keghairahan untuk mengetahui setiap kesinambungan terhadap sesuatu perkara walaupun ia akan mendatangkan kesan yang besar terhadap sesuatu benda. Kita mengakui kewujudan sejarah tetapi jarang sekali ada yang melihatnya sebagai maruah yang perlu dipelihara. Generasi materialistik. Itu lagi satu terma yang mak aku bagi kat aku. Benda betul, kitorang semua nak senang. Oleh itu, sifat narsistik itu sendiri menjadikan kitorang sehabis boleh mahu mencari jalan pintas ke arah kesenangan, walaupun dalam usaha tersebut ada 'sedikit' pengorbanan yang perlu dilakukan. 

Jadi apa yang aku nak borak ni sebenarnya? Ha, aku cuma nak bagitahu yang aku tak sabar menanti apa plan ibu bapa kita di negara ni untuk memastikan yang kita akan meneruskan perjuangan mereka. 

0 review: