Sunday, December 2, 2012

Explorers

Obsesi aku baru-baru ini ialah kesesakan jalan raya. Ya, ia merupakan perkara yang dibenci oleh semua orang. Sebab tu aku suka. Sebab aku manusia, ada kekurangan, aku tak dipinjamkan kuasa untuk membekukan masa. Oleh itu, kesesakan jalan raya merupakan salah satu cara untuk aku memerhatikan dunia. 

Kenapa lampu belakang kereta tu merah? Oh, dia ego untuk tarik hand-break. Mungkin juga dia seorang yang berhati-hati, takut terlepas pandang kereta depan dah jalan, takut terkejut bunyi hon kereta. Paranoid. 

Kenapa asal aku nak masuk laluan kanan je kereta lancau ni tak nak bagi aku masuk? Oh, dia sedang bersedekah. Orang yang terkena takkan lari dari dua pilihan iaitu bersabar atau mencarut. Mana-mana pun pilihan yang dibuat, ia tetap satu sedekah. Antara pahala atau dosa. Pilih. Tapi ia mungkin juga sebab pemandu kereta lancau tu pernah kena benda yang serupa. Betapa sakitnya hati bila kita cuba meminta tolong tapi tak ada yang mendengar, dalam benar luka manusia itu, pedihnya disimbah kat orang lain. 

Kenapa dah satu jam aku menghadap bangunan yang sama, dikerumun kereta yang sama, cuma cuaca yang agak berbeza. PANAS. Oh, sebab tak sistematik, guna jalan mainstream. Tak mampu nak uruskan masa dengan baik. Memang nak cepat, malangnya takdir melambatkan destinasi kau waktu tu. Mungkin kerana kita memang tak pernah serik mengulangi kesilapan yang sama. Atau kau memang macam aku, sengaja memilih untuk terjerat dalam kesesakan jalan raya, semata-mata untuk melihat kehidupan.

Bagi aku, selain bermain sudoku, lepak didalam kereta, keseorangan, dalam hujan, menikmati pendingin hawa yang dalam diam mencakar lapisan ozon, sambil memutarkan lagu-lagu kandungan iTunes dalam telefon bimbit aku, ditengah-tengah KESESAKAN JALAN RAYA pula, merupakan medium alternatif untuk aku berfikir sambil meluahkan monolog dalaman. Tenang. Sangat tenang. Hal ini kerana, ini satu-satunya cara, yang boleh dijadikan alasan untuk aku berimaginasi tanpa perlu memilih perkataan "membuang masa" sebagai tajuk aktiviti semasa. Aku akan cuba memandang semula kesilapan yang aku pernah buat dalam dunia ni, dan fikirkan cara untuk mengatasinya pada masa hadapan. Mungkin aku tak buat, tapi sekurang-kurangnya aku dah fikirkan kesannya. Kenapa aku guna cara ni untuk berfikir? Kenapa aku tak luahkannya kepada orang lain? Sebab aku major pengecut.

Dan baru-baru ni, aku belajar sesuatu yang baru. Apabila memandu kereta, jangan lupa untuk menyayangi orang yang duduk disebelah LEBIH dari ego kau.

2 review:

amalina said...

Nice one Alee! Love this post. It makes me think that not all bad things are really bad. We can turn something bad into something good. Extremely good. It all depends on us on how to turn that bad things, into a good thing :)

wbbt said...

absolutely :)