Monday, December 31, 2012

Defiance

"Mengahwini seseorang yang kita cintai adalah satu kemungkinan. Mencintai seseorang yang kita kahwini adalah kewajipan"

Aku terserempak dengan kata-kata kat atas ni ketika aku menongkat dagu sambil mengawal twitter's timeline menggunakan dua jari lalu meminjamkannya untuk memukadimahkan catatan akhir aku untuk tahun 2012. Aku pasti yang membacanya pasti yakin yang aku menyebarkan kata-kata diatas ni kerana ingatkan dah sampai seru untuk aku menamatkan zaman bujang, kan? Apa pun persoalan yang bertagging dalam kepala kau jawapan aku adalah belum dan bukan. Ia bermula dari aku yang sedang kusut untuk menyiapkan treatment untuk, baru satu episod. 3, 2, 1. Aku terinspirasi. 

Menyempurnakan kerja yang kita suka adalah satu kemungkinan. Menyukai kerja yang perlu kita sempurnakan adalah kewajipan.

Aku cuba estrak nilai yang boleh aku idolakan sementara aku masih tersekat dalam keadaan kusut tadi tu kan. Sama hal lah dengan baru-baru ini aku menghadirkan diri ke festival keramaian khusus untuk para remaja tempatan yang sihat fizikal dan mental. 40 kugiran tempatan. Terlebih cukup untuk menyuntikkan rasa meriah pada setiap anak-anak muda disitu. Ya. Memang. Oksigen disitu memang dah dipalatkan oleh manusia disitu, tambah pula dengan kasut putih yang dilumpursasi, sesuai dengan tema lokasi. Kolumpur. Tapi aku sanggup taruhkan masa untuk festival keramaian seperti itu, kenapa? Sebab aku adalah orang yang berada dikawasan belakang, sambil merakamkan manusia happy ke dalam memori. Buat sementara waktu, aku cuba melupakan keadaan aku yang berada ditengah-tengah antara kemungkinan dan kewajipan.

Aku percaya setiap bahagia ada penontonnya. Apa salahnya aku taruhkan masa muda aku menjadi seorang penonton supaya aku boleh tundakan waktu bahagia aku untuk masa depan. Tak gitu?


0 review: