Thursday, May 5, 2011

Nafas


Hai. Kepada seluruh warga UiTM selamat bercuti. :)

Dah habis. Memang kudrat manusia tak mampu nak berlari mengejar masa. Semester dua dah habis. Apa yang aku boleh katakan, semester dua berjalan seperti apa yang aku bayangkan. Pembikinan produksi video muzik, skrip hasil keletak keletuk sendiri dan perluasan hubungan diplomatik dengan fakulti perakaunan. Semua semester dua.

Mungkin aku sudah pulang ke rumah baru di Kota Lumpur ini. Tanah Sambal Kicap. Esok lusa aku datang bercanda di tempat kau ya.

Result.

Aku tak dapat bayangkan pointer kali ini. Hensem ke tak hensem. Gigil siot.

Tabung Babi ringan lagi ni. Macam mana nak beli Canon 1 D Mark 2 dan Mac Final Cut Studio. Aku dah sangap nak sedut ilmu produksi ni. Aku nak lawan 5 Tuan Direktor hebat dalam kelas. Suatu hari nanti aku nak kerja dalam produksi diorang ni. Tempat paling dewa kasik lah aku jadi Pereka Produksi ke. Paling cikai pun jadi Pelukis Papan Cerita. Memang itu periuk maggi aku selama di UiTM.

Pakwe? Tu nanti lepas aku dah naik pentas Malam Karyaone 2015 rasanya.



Tapi aku masih belum dipulangkan.

2 review:

Mira Cikcit said...

good luck on getting on stage abang alee :)

alee said...

thanks Cikcit !!