Tuesday, March 8, 2011

transparen

aku masih di dalam selubung jarang

mencari yang jujur dari terbitnya
cebis-cebis cahaya
kerana tak semua yang terang itu
berlaku ihsan pada yang terbias
aku mencari, mencari dan mencari lagi
kalau-kalau benar yang dihulurkan itu
sengaja dari ikhlasnya
kerana keliru ini tidak bisa menahan
gigitan syahwat ingin tahu
berahi yang meransang untuk sesuatu yang benar
dan aku masih
bertagih dan bernafsu
untuk yang sesuatu itu
selagi aku masih dalam selubung jarang




Alee Isa
komuniti kau naikkan syahwat kuriositi aku. tahniah!