Thursday, February 3, 2011

Taik lalat dalam kotak


Dah lama benda ini hidup dalam badan aku. Cuma kadang-kadang aku tak sedar aku memilikinya. Egoism. Semakin aku tahu berapa banyak tahi lalat yang ada pada orang tu semakin sukar untuk aku meluahkan isi hati sendiri. Contohnya dengan golongan air sembahyang aku tak batal. Susah. Susah.

Seperti apa yang dikatakan lelaki tipikal, mereka bukan tak sayang cuma tak tahu bagaimana untuk melukiskan espresi mereka dalam bentuk visual. Aku juga seperti mereka, memeram rasa prihatin sampai masam. Sekarang baru aku tahu apa maksud rindu berdendam. Cis.

Johor.

Tanah tumpah air liur. Murtabak Kampung Melayu, Mi Rebus Haji Wahid, Chicken Chop paling murah Hutan Bandar, Kacang Pool Larkin, Ais Kacang Ah Hong. Syurga makanan. Bukan aku tak sayang, kerana aku tak sanggup melangkah keluar, aku tahan kaki ini dari pulang pada cuti pertengahan semester. Berapa banyak surat Mama reject pun, aku tahu hari itu akan tiba juga. Sebelum aku rebah dalam tangisan baik aku undur dari penyesalan. Tapi aku takkan pernah melupakan tanah pertama yang aku jejaki.

Saudara Satu Kilang.

Di alam maya ini, seseorang telah memberitahu aku. Tulisan komputer yang terpapar pada skrin tetapi kekal bait-bait tersebut dalam minda. " Haram macam mana sekali pun air tersebut walau dicincang takkan putus ". Terima kasih kepada Awak. Kalau kau baca ni, akulah antara pembaca tegar blog anda. Buatlah dinding empangan besar mana pun, itu hanya sementara. Air tetap air. Salam tangan mereka cium tangan mereka sampai kiamat pun air sembahyang kau tak batal.

Yang sayang aku sampai nyanyuk.

Memang orang kata sahabat tu susah senang saja. Tapi kau kaulah yang aku akan ingat sampai aku tertidur dalam kamar sedalam tujuh kaki. Dari masa-masa kita bercanda macam bateri gelak takkan habis sampai menangis melalak macam esok kilang air mata akan bankrup. Percayalah, aku rindu masa-masa tersebut. Bukan aku tak mahu menyapa kalian, cuma aku tak tahu dari mana hendak memulakan bicara lama tak bual. Macam yang aku baru sebut sebentar tadi, egoism klise tapi pelik. Aku mungkin tidak menggigihkan diri menaip pada ruangan dinding Facebook kalian. Haa, sudah pasti kalian tidak menyangka bagaimana senyumanku terbit tatkala membaca perkembangan baru di News Feed. Luahan seremeh " Bosannya!!!!!" sekurang-kurangnya aku tahu kalian masih waras dan belum nyanyuk kan?

Oleh itu,

Selagi aku masih tegar membaca perkembangan kalian di maya sosial ini,
Selagi aku masih berahi menagih ilmu di dunia ini,
Selagi aku masih mencari cahaya disudut jalan sesat ini,
Selagi aku masih berkaca mata HD ini,
Selagi aku masih bercucuk tanam dengan egoism ini,
dan
Selagi kau masih tertanya-tanya kenapa aku tiba
-tiba tulis panjang lebar dalam entri ini,

biar aku hembus dulu




Aku rindu!




2 review:

Unknown said...

Aku rindu kau wahai gadis berkaca mata besar!

wbbt said...

aku rindu kau gak gadis siput! :)