Sunday, March 27, 2011

f.up

Suatu hari sabtu, aku berlegar-legar di koridor Sunway Pyramid. Seorang. Aku dah berjanji untuk jumpa Anishu dan pakwe dia petang nanti. Mama pun nak datang sebab nak hantar balik kolej. Tapi aku sengaja datang pagi. Adakalanya aku perlukan masa untuk bersendirian.


Mama hantar pesanan ringkas dia mungkin tak dapat datang. Sunway tu jauh sangat katanya. Diam. Aku berjalan lagi. Manusia sekeliling semua sarkastik. Semua menampar kehadiran aku dengan jelingan sinis. Aku tepis dengan senyuman.

Masuk dalam jamban. Duduk. Dan termenung. Air panas meluncur turun atas pipi yang sejuk mozeknya. Kesat, kesat, kesat. Diam lagi. Beberapa saat, luncur lagi. 15 minit itu tempat hina menjadi tempat luahan segala kesal. Cemburu yang memonopoli seluruh jiwa, hiba melihat rakan kolej yang lain pulang kerumah setiap minggu. Aku tidak ada apa yang mereka ada. Kesat lagi.

Benar cakap seseorang itu,

"True friends are the siblings God forgot to give us”




5 minit selepas keluar dari jamban,

*buka telefon*

"Mama datang lepas asar tau. Pergi jalan-jalan dengan Anishu dulu"


0 review: