Tuesday, December 7, 2010

kasut clarks baru konon

Oh, keputusan dah nak keluar.dah nak masuk sem dua aku ni rupanya.tiada lagi bercita-cita nak disayangi sepenuhnya oleh senior.cett.

Sebulan sebelum aku menerima surat tawaran dari UiTM, lamaran Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan sudah mendahului. Kalau tak sudah pasti aku kini berada di Pilah, duduk dalam makmal macam sekolah dulu-dulu. Tapi aku tak pernah menyesal. Sebab ada benda lain yang aku lebih mahukan.

Cita-cita aku bila nak masuk UiTM, aku mahu menyarungkan pumps pada kakiku yang bersaiz 4 ini. Namun, orang kata yang lusuh itu lebih selesa, aku berbaik semula dengan sneakers tampan kepunyaan adik lelakiku. Lega tak terkata. Benda itu satu-satunya alat magis yang boleh bawak aku lari dari bilik kuliah tingkat lima tatkala kerja kursus tertinggal dalam rumah. Tutup tirai cerita kasut. Hari pertama di kampus aku tidak mempunyai kawan kerana aku tidak pandai bergaul dan beramas mesra apabila baru tiba di tempat yang baharu yang aku tahu senyum sahaja. Sepanjang Minggu Destini Siswa aku duduk bersama tiga orang akak pengurusan maklumat. Aku ada tabiat. Di peringkat baru-menyesuaikan-diri aku akan menyimpan harta karun didalam mulut. Tidak hairanlah kenapa ramai yang mendaftarkan aku didalam komuniti sombong belaka. Di peringkat awal juga aku akan ada masalah untuk bercakap dengan lelaki. Bukan kerana malu menyelubungi diri. Tidak salah lagi, impak sekolah di sebuah sekolah perempuan sangat besar walaupun hanya dua tahun. Ah, dapat melakukan performasi bermain gitar pada malam akhir mds juga kerana beberapa gadis yang memberitahukan. Namun aku gembira kerana malam itulah aku mula mengenali lebih ramai kawan. Mat Salih kata, pathetic.

Tapi tak mengapa. Tambahan pula aku lebih suka ikut arus yang memimpin daripada ikut ribut laju yang tanpa arah tuju. Aku semakin senang mengenali beberapa kawan yang ada disini. Mereka tidak seperti yang dijangkakan. Pendek kata, aku gembira. Aku bersyukur kerana walaupun ditempat yang baharu aku masih kekal dengan diriku yang sebenar. Ya, pergilah mana-mana tempat pun orang akan kata aku pelik. Cuma kaca mata yang bertukar. Biasalah, rabun membesar kanta pun membesar.


Dari kiri : Jey, Zhaf, makhluk gila, Zana.
Rakan sekelas yang paling memahami tindakbalas aku yang lembab.

Dari kiri: Mia, Una, Ama, Shidot.
warga2 2c07.

Yang kanan tu Cikcit.:)
Tak sabar nak jamming sama2 tahun depan.

Yang kiri Lan , yang kanan Faa.
Dua2 sangat unik.

Masa baru kenal dengan orang Penulisan dan Pengurusan Seni.

Farah dan Eyqa
Awek Kedah dengan Awek JB

Dari kiri: Wani, Atiy, Ika dan Zana
The Rebondingss.

Rakan Sekelas CT 111A
Ish.sayang semua oranglah!


macam mana celaka result tu, ia tetap result.

0 review: