Tuesday, December 14, 2010

My 15 by Zuliza Zakariya.

Tagged by Aziluz

sori encik Zul.aku tak muatnaik beberapa gambar untuk My 15 tu.tapi tak apa.aku sangat menghargai orang yang tag aku.terharu ni.


Ini dia 15 tentang aku:

1. Kawan-kawan panggil Alee.Nama ini kali pertama diberi oleh Cikgu Matematik Arabie Tuition Centre pada tahun 2005. Kali pertama dipanggil rasa benci dan menyampah.lama-lama suka.:)

2. Tak makan arnab.jangan tanya kenapa dalam bilik aku ada banyak arnab.

3. Anak jurutera.tak perlu nak menganjing aku kenapa ambil jurusan teknologi kreatif.tak tahu datang dari mana mutasi ini.tapi aku minat apa yang aku buat.dan dapat restu kedua-dua jurutera tersebut.

4. Sombong.maksud sombong ialah sentiasa ada memerhati dan membaca setiap kamu yang ada.cuma malu.ya,aku sombong.

5. 18 belas tahun tak pernah ada pakwe mahupun makwe.untuk diklasifikasikan sebagai jual mahal?jauh sekali.aku akan kata tak ada yang berani mencuba aku.aku tahu kau kau takkan percaya dengan alasan karut aku ni.tapi jujur.

6. Ada adik kembar.lelaki.nama dia Azim Isa.tapi dia lahir empat tahun lambat dari aku.setiap tahun gaduh gara-gara nak pilih kek. Tapi sejak aku 16 tahun kami tidak menyambut hari ulang tahun kami bersama-sama.tiada lagi pergustian lidah.

7. 13 subjek untuk SPM.Ramai yang masih tak tahu akan fakta ini.Malah ada yang tak percaya. Jurusan yang aku sedang ambil sekarang ni, memang pilihan pertama dalam upu. aku sengaja tak mahu memohon asasi , matriks atau mana-mana jalan singkat ke ijazah.titik.

8. aku tak faham.memang itu sering jadi trademark aku walau kemana sahaja aku berada. memiliki tindakbalas yang sangat lembab. walaubagaimanapun kelajuan muat turun data aku tertakluk pada budaya dan persekitaran.

9. I heart Pontian. Pontian ialah tempat aku membesar. kalau orang tanya aku orang mana aku akan jawab Pontian, Johor.:)

10. Kuroken. Itu nama haiwan peliharaan aku yang tak berkaki tetapi bertali enam. Berwarna hitam dan datang dari keluarga Kapok. Mula tandatangan Surat Perjanjian Pengambilan Instrumen sebagai Anak Angkat pada tahun 2009.

11. Hantu coklat. Mampu bergantung hanya pada coklat untuk satu hari tanpa nasi sebiji pun dan tak perlu rasa muak.

12. Senyum. bukan hobi. tapi salah satu terapi yang berfungsi secara automatik. 60% senyuman aku adalah tidak disengajakan. Juga ramai tidak tahu akan hal ini.

13. Anime. pengaruh abang dan adik lelaki yang terbawa-bawa sehingga sekarang. Masih lagi melekat dengan budaya ini. Anime pertama yang diminati ialah Digimon waktu itu drama tersebut disiarkan serentak dengan drama Sailormoon. Jadi jangan tanya kenapa aku tak tahu satu haram pun lagu, sumpahan magik atau watak-watak dalam cerita gadis-gadis magik itu. Sekarang masih layan Naruto, Bleach dan Gundam Seed.

14. Anis Afiqah Mohd Farid. Itu nama kawan karib aku yang paling akrab. Kami memiliki tindakbalas lembab yang sama. " Kau tak faham, aku pun tak faham". Itu motto kami. Beliau menyimpan pelbagai dokumen rahsia aku yang masih tidak diketahui orang lain. takut tak?

15. Lain dari kau. Aku ada cara aku sendiri. Ini fakta yang paling klise. semua orang ada personaliti.-..-



kali ni aku tak tahu nak Tag siapa.O.o


0 review: