Tuesday, September 7, 2010

perasaan tak termotif.

salam sejahtera.setelah dua bulan akhirnya hari ni aku telah menjejakkan kaki ke tanah sambal kicap.gembira.sebab telinga ini dibelasah teruk oleh aiman isa dan azim isa.mentang-mentang sudah dua bulan juga kami tak bergusti lidah.alahai.bonda yang tercinta.sesungguhnya kaulah insan yang paling aku rindui setiap saat.walaupun kata-kata aku tatkala terpacak di depan baju raya...."mama,kenapa warna baju perempuan tak matching dengan baju lelaki???".sila faham,yang jujur tu lebih baik dari buat muka terpaksa.

muhammin nur 'aqilah.aku minta maaf sebab aku masih tak pasti sama ada aku boleh ke lapangan terbang untuk melayarkan kucupan selamat tinggal untuk kau sebelum kau akan bertapa di timur tengah.aku minta maaf sangat-sangat.bukan aku sengaja nak pergi menembak sini sana.bukan aku sengaja nak muntahkan ayat-ayat sakit hati macam "aku busy lah weh" atau "aku tak ada masa".bukan aku sengaja.

kepada manusia yang tarik aku ke jalan terbias itu.terima kasih kerana membuat hati ini gembira.walaupun lebih banyak gembira yang kau curah,lebih banyak sakit hati yang kau simbah sebenarnya.kau dekat pun kau takkan dapat lihat apa yang aku bisik.sebab telinga kau rabun.teruskan beri harapan pada aku.sebab aku takkan mengalah sehinggalah ada orang lain yang menyempurnakan pelangi kau.terima kasih sebab jadi orang terakhir aku ucapkan selamat tinggal.




jom buat assignment?

0 review: