Friday, September 17, 2010

menjenguk rasa gembira


selamat hari raya.

itu yang pertama sekali aku ingin ucapkan.aku ada tiga keluarga.belah mama,belah ayah dan belah anis afiqah.aku dapat jumpa tiga-tiga keluarga tersebut.aku rasa gembira.tapi macam mana terang gembira itu,ada tompok hitam walaupun pixelnya kecil sahaja.sebab ramai orang cakap aku sangat kool.mereka sepatutnya tahu apa yang dimaksudkan kool apabila ia dikaitkan dengan diri aku.


hati keras dan masih blur.

*mengeluh*




jangan salahkan aku.



oleh itu.di bulan syawal ini.hari-hari aku akan buka tingkap untuk menjenguk rasa gembira yang ada.bila cebis-cebis cahaya matahari masuk kedalam
mata.bila bau rumput yang baru dipotong difius dalam hidung.ya,aku rasa gembira.lalu aku transformkan diri,capai beg galas dan sarung selipar hostel tahun lepas.

jom raya lagi?





hai.ini keluarga aku yang keempat.

0 review: