Monday, May 10, 2010

okasan.



aku agak lambat.tapi apa salahnya.hari-hari kita boleh sambut hari ibu.cuma,aku rasa semalam lebih siknifikan bagi semua orang kan?

orang di atas ni,tak lama lagi aku akan tinggalkan beliau.aku nak bertapa dengan pensyarah.nak pergi gua di shah alam.

berapa lama aku duduk rumah pun,aku hanya akan menderhaka insan ini.ceh,anak yang tipikal.anak mana yang tak sakitkan hati bondanya.

terima kasih mama,kerana tumpangkan aku dalam rahim mu.
terima kasih mama,kerana ajar aku ilmu hisab selepas aku disebat ayah.*aduh!*
terima kasih mama,kerana tak serik-serik dengan kucing kepala hitam di rumah.

anak ini tak mampu nak bayar harta segala yang kau berikan.hanya sekeping terima kasih berirama "selamat hari ibu"

0 review: