Friday, March 5, 2010

i eat piano.

bukan perasan.tapi ramai orang ingat aku ni orang handal muzik.masa berumur 5 tahun,aku dihantar ke kelas bermain piano.bila aku jumpa relatif-relatif aku mereka akan berkata,

"waahh.pandai main piano??"

aku senyum.kalau ikut kelas sosial 'golongan muzik',aku terletak dalam golongan memang loser.aku tak tipu.dalam kelas piano dulu,orang lain main piano,aku sibuk betulkan volume piano tak pun buat muka sebab nak sticker untuk penuhkan buku laporan aku.ada seorang dalam kelas ni,nama dia loh siew yi.aku kagum dengan beliau.beliau sama-sama masuk kelas piano dengan aku masa umur 5 tahun.kami bernasib baik sebab satu kelas dari darjah satu sampai darjah enam.masa darjah enam,beliau berjaya habiskan semua grades dalam piano dan mendapat gelaran "budak 12 tahun yang mendapat diploma" sedangkan masa tu aku baru sahaja lulus peperiksaan teori grade 1.baru teori.

aku sudah pun menambah loh siew yi dalam facebook!

lepas darjah enam,tiga tahun aku tinggalkan bidang muzik.sampailah tingkatan empat.aku pindah ke sekolah menengah kebangsaan perempuan sultan ibrahim.aku pun membuka chapter baru untuk muzik.aku mengambil pendidikan muzik untuk spm.kalau bagitahu kawan sekolah lama aku,mesti mereka akan cakap,

"kau amek muzik periksa macam mana?menyanyi depan cikgu ke?"

pfffft.

masa kelas muzik,aku rasa christina dengan jane tu jauuuuuuuuuuuuuuuuuuuh sangat.aku nak cuit pakai pensel pun tak sampai.tapi aku takkan lupakan puan yew.disebabkan beliau,aku yang masuk-masuk cuma berotak grade 1 dan grade 2, beliau ajar sampai grade 5.beta terharu.daripada tak reti transpos lagu,jadi tahu transpos lagu.dari tak tahu jeda tu apa,jadi tahu jeda itu intervals.

aku harap muzik aku A+.amin.

sekarang aku belajar gitar.sebab aku berangan nak cipta lagu.aku berangan nak cipta lagu dan bagi lagu aku pada sesiapa yang sudi nyanyi lagu aku.tapi.

aku kesian kat mr.lai,guru yang ajar aku gitar.mesti letihkan nak ajar aku sampai aku reti main choke strums.

4 review:

hazwani daud said...

wahhh.nanty cipta lagu untuk aq.pastu nyanyikan bole?? hahahah. gudluck btw. :)

wbbt said...

hoho,,

insyaallah....

buat masa sekarang ni aku boleh nyanyi kan happy birthday je kat kaw..

eheh..

HAfiy said...

hahah....

bagus la kau...ingin mencipta lagu....

wbbt said...

terima kasih.