Thursday, March 25, 2010

do yo have any idea why the raven is like a writing desk?

aku punya visi yang datang tiba-tiba.visi ini datang sejak aku habis sekolah.satu hari nanti,bila umur aku dah 30 tahun,aku nak hidup seorang diri.

aku nak beli rumah.ya,bila aku dah kumpul duit banyak-banyak,aku nak pecahkan tabung babi aku dan beli sebuah rumah.alangkah seronoknya hidup.tak perlu kahwin.tak perlu hidup berdua.tak perlu pasangan sehidup semati.hanya bergantung pada diri sendiri.

setiap bulan aku akan beli komik naruto dan bleach original yang mahal-gila tu.lepas baca aku akan susun elok-elok kat rak ruang tamu rumah aku.jadi,bila famili atau sahabat-sahabat datang lepak mereka akan lukiskan bulatan pada mulut mereka.hehe.

dan bila hujung minggu,aku akan bawa volvo aku ke pavillion bukit bintang.dengan muka selamba aku pakai baju-T gambar kugiran kegemaran aku, The Strokes dipadankan pula dengan seluar tracksuit manakala kaki aku enak bersarungkan sandal santai.lepas tu aku akan bermaraton dengan filem-filem yang baru keluar.lepas filem tu semua habis, tika orang tengah ramai nak keluar dari panggung aku akan jerit,

"weh,aku nampak muda kan??kan??"

korang jangan salah faham.kerana ini hanya visi.fantasi yang visual dalam thinking-cap aku.

0 review: