Saturday, March 20, 2010

pending.............okay,i get it.

betul kata orang.setiap benda yang berlaku tu ada hikmahnya.efeknya akan jelas bila semakin lama kita hidup.

contohnya,masa aku tingkatan 3,aku dapat tahu yang aku terpaksa pindah johor bahru.kawan-kawan aku masa di sekolah lama semua dapat sekolah yang lebih baik.mrsm Tun Ghaffar Baba,sms Muar(samura) dan sms Kota Tinggi (sakti).*alhamdulillah mereka bertiga dapat perfect score dalam spm.*oleh kerana tiada satu pun sekolah-sekolah harapan tinggi yang mahu mengambil nama aku,barangkali nama aku kurang sedap kot,jadi aku memilih sekolah harian biasa ,sigs johor bahru.

masa tingkatan empat tu,memang aku berenang tak lemas.tapi Tuhan pun tahu aku kuat.jadi Dia nak bagi aku challenge lain.aku terpaksa pindah sekali lagi ke batu pahat.celaka.

kali ni pilihan aku lain daripada yang lain.aku pilih nak masuk hostel.padahal aku tahu kalau aku masuk situ aku takkan dapat skor spm dengan sempurna.visi tu memang dah ada.tapi aku sengaja.degil.

sekarang orang lain akan kata.kalau aku pilih untuk sekolah di Batu Pahat dulu mesti aku dipantau oleh penjaga sepenuhnya,dapat pergi tusyen dan dapat skor spm dengan warna-warni yang melayang.

pfffft.

kalaulah habiskan tingkatan lima di Batu Pahat aku mungkin dapat straight As ???tak mustahil.

tapi bila fikir balik,kalaulah aku habiskan tingkatan lima di Batu Pahat,dapat pergi tusyen serta dapat semua A dalam spm,

aku tak mungkin dapat belajar untuk senyum dan menangis sorang-sorang dalam tandas sebab tak cukup duit nak bayar yuran itu ini.aku tak mungkin dapat belajar makan lauk yang dimasak dengan tak ikhlas sebab selama ni aku makan masakan rumah je.aku tak mungkin dapat belajar ada orang yang hidup dia tiga kali ganda lagi celaka dari hidup aku.dan yang paling penting aku tak mungkin dapat belajar hidup berkawan macam dah 100 tahun kenal.



kawan-kawan,takdir itu bukan Dia yang pilih.kita yang pilih takdir sendiri sebab kita yang buat pilihan.cuma, Dia tahu apa yang akan jadi dalam setiap pilihan yang kita buat.

1 review:

hazwani daud said...

betul. redha dengan setiap takdir yg berlaku. :)