Wednesday, February 3, 2010

swift and sure

tajuk hari ni ialah tajuk surat khabar new straits times dalam segmen life and times.namun,tiada kena mengena dengan cerita yang akan aku sampaikan.aku ingat tak nak tulis blog sampailah mood aku kembali nak tulis.terima kasih kepada Ama sebab aku dapat ilham baru.kita sedia maklum yang penyakit K1N1 semakin berleluasa.penyakit ini diyakini berpunca dari virus k-pop.semakin ramai orang yang mula kemaruk dengan drama-drama korea.jangan risau.aku pun pernah melaui era tersebut,masa tingkatan dua dulu.pengaruh rakan sebaya.tak mengapa.perubahan sosial sangat penting dalam umur tersebut.

mengenai drama korea,ada lagi satu drama korea yang tangkap nafsu keenam aku selain drama korea a love to kill yang diterajui oleh pelakon antarabangsa yang kian mencipta nama di persada seni iaitu Rain.drama tersebut bertajuk hwang jini.

kali pertama aku menonton sandiwara tersebut di siaran astro 107,ntv 7 setiap hari isnin hingga jumaat 9.30 malam semasa aku tingkatan tiga,di siaran u dari singapores' mediacorps setiap hari isnin dan selasa 9.30 hingga 11.00 malam semasa aku tingakatan empat dan di siaran astro 303,KBSW setiap hari isnin hingga khamis pukul 10.10 hingga 11.20 malam pada tahun ini.ya.aku tonton sandiwara ini tiga kali.malangnya,jemu tak berjaya menguasai aku.hahaha.

drama ini diadaptasi daripada novel serta opera yang terkenal di Korea.berlatarbelakangkan era Joseon,iaitu era industri muzik, kalau di barat mungkin zaman klasikal,drama ini diterajui oleh pelakon terbaik bagi drama ini, Ha ji won.sesiapa yang memang kaki filem korea mungkin kenal perempuan ni.tidak seperti drama tipikal yang lain,drama ini bertemakan kelas sosial zaman abad ke 16 yang membezakan orang bangsawan dengan gisaeng (disebut sebagai kisaeng) .Apa itu gisaeng??kalau di jepun namanya geisha.kelayakan untuk menjadi gisaeng mestilah cantik,berseni,boleh menari,boleh bermain geomungo dan komponen yang paling penting TIDAK BOLEH BERKAHWIN SELAMA-LAMANYA.kejamnya hidup.namun,bagi orang bangsawan gisaeng ini hanyalah gundik atau secara kasarnya pelacur orang atasan.

persoalannya,tidak semua orang yang sanggup hidup macam tu selama-lamanya.siapa tak sedih sebab tak dapat hidup dengan cinta pertama??*p/s:aku tak percaya cinta pertama*.

kenapa aku layan drama ni??aku kan suka sastera dan cerita klasik.sebab tu aku layan drama ni.walaubagaimanapun,drama ini kurang sesuai untuk mereka yang berumur 15 tahun kebawah.*walaupun kali pertama aku tengok drama ini masa tingkatan tiga, waktu itu dah hujung tahun.aku tak langgar mana-mana syarat*.

salah satu puisi dalam drama tersebut.*disarikatakan dalam bahasa inggeris*.

"oh,that i might capture the essence of this deep midwinter night,
and fold it softly into the waft of a spring-moon quilt,
then fondly uncoil it the night my beloved returns."

myeongwol bermaksud bulan yang terang.dalam bahasa mandarinnya ialah Ming Yue.

8 review:

hazwani daud said...

wahhh.mcm best je. ni yg nk tgk ni. hahah

wbbt said...

yeah!!tengok jgn tak tengok.

menangis sambil blaja sastera korea

amalina said...

hahaha. weyh, cinta pertama perempuan ni yang mamat dlm blog aku tu ke? heeee ;p

wbbt said...

a'ah la wey...

kesian sangat2 sbb laki tu mati sebab sakit cinta.

haih.ape2 pon citer ni best la bagi aku kan.

hehe

amalina said...

haaaa????? laki tu mati? haishh. sedehnye. huhu. skang kat KBS laki tu dah mati ke belum? hehe

wbbt said...

dah mati ama.

huhu.

skrg dah episod 23.

hehe.dah nak habes da.

tak saba nak tgk last.

Anehs said...

bila nak ada post yg baru? aku nak baca

wbbt said...

sabar yah