Saturday, January 23, 2010

bright lights

hampir sebulan aku duduk rumah buat kerja ikut suka hati aku.terus terang aku cakap.AKU TAK BOSAN.sebab inilah kehidupan yang aku impikan sejak aku daftar untuk darjah satu lagi.aku tau sekolah penat.kena naik tangga macam batu cave.kena pergi perhimpunan.pergi makmal sini pergi makmal sana.bikin mak aku habis duit je sebab nak beli panadol extend.oleh itu.

1.hari-hari aku bangun pagi pukul 6.30 dan TAK TIDUR BALIK.aku tak macam orang lain.aku hanyalah manusia yang lepas solat subuh bukak laptop dan bukak facebook dan balas segala benda yang patut.setiap kali aku tekan chat box mesti takde orang online.tapi satu benda yang aku suka.internet laju pada waktu pagi.

2.oleh kerana aku tak kerja,aku hanya duduk dalam bilik abang aku sepenuh masa dengan melayari internet.terima kasih kepada youtube kerana berjaya mengatasi masalah bosan.apa yang aku buat ialah layan cerita bleach.untuk memeriahkan keadaan aku pasang speaker yang dilengkapi dengan bass,baru lah sound effect membakar semangat aku nak tengok espada lawan shinigami berkelas kapten!maka duduk lah aku dalam bilik tersengih-sengih sorang-sorang.

3.waktu tengah hari aku akan turun bawah dan kacau kakak masak.bersepah-sepah perkataan "selebet".sekejap aku selebet,sekejap kakak selebet.

4.agak-agak youtube terkencing-kencing tu,aku akan main dengan teman lelaki aku, mr.chordesons.bukan orang,tapi binatang bertali enam.

5.lenguh pulak tangan,aku akan menonton siaran 551,iaitu discovery channel.kalau tak mythbusters aku tengok animal planet, big cat diary.untuk membuktikan aku bukan nerd keseluruhannya,aku tengok awan dania.

6.dan berterusan aku layan youtube sampai pukul 10.00 malam,laptop aku ditutup.untuk pengetahuan anda,kalau pagi-pagi aku bukak facebook sampai ke malam lah aku tak sign out walaupun aku turun makan, atau mandi mahupun berjogging.

aktiviti yang sama berulang setiap hari.pada pandangan anda mungkin membosankan tetapi bagi aku,selagi aku tengah sengih-sengih tengok bleach.aku tak bosan.namun,aku risau kalau mak aku nak bawa aku jumpa doktor sebab aku boleh jadi gila kalau duduk depan laptop je.jadi,aku sedang menunggu bila aku nak dapat lesen supaya aku boleh cari kerja part-time.bila kerja,aku dapat duit,bila dapat duit,

1.aku nak beli pensel warna luna 48 batang.aku geram nak cerita tapi,aku terpaksa cerita.sewaktu tengah SPM,gadjet-gadjet seni aku telah dicuri oleh orang yang tak faham perangai aku yang selalu lupa nak ambil barang.pantang betul.paling geram sebab masa aku dapati gadjet-gadjet aku hilang tu lagi 2 hari sahaja peperiksaan pendidikan seni kertas dua.memang aku sumpah-menyumpah dalam hati.bodohbodohbodoh.itu saja yang ada dalam fikiran aku.terima kasih ama,anishu,oier,o'od,a.d,lilo,sebab tenangkan hati aku bila aku tengah susah.TERIMA KASIH.jadi,aku terpaksa beli pensel warna baru sebab aku nak sambung balik hobi lama aku iaitu melukis dan mewarna figura anime.semoga berjaya!

2.aku nak beli lego.pelik.ya,perkataan tu mesti muncul punye dalam fikiran korang.aku nak beli lego sebab aku rasa teringin pulak nak buat kapal terbang.aku selalu cemburu adik aku yang 10 kali ganda lebih nerd dari aku berjaya buat jet pejuang dilengkapi dengan bomb.fuuuuh.semoga berjaya juga!

3.aku dalam proses memujuk mak aku supaya membeli pakej variety semata-mata nak channel animax.walaupun aku difahamkan bahawa anime kat situ tak best mana!tapi nafsu kelima aku nak jugak benda tu.

4.aku nak beli basikal baru.basikal adik aku tu.BMX.bawak je bergaya tapi tau tak penat!tayar kecik.mana sedap nak bawak.aku perlukan basikal yang bertayar besar.ya.tolonglah.aku perlukan basikal!!

p/s kalau aku rajin aku akan upload gambar hasil figura yang aku cipta.jangan ketinggalan!!

4 review:

amalina said...

weyh, aku pun TAK BOSAN DUDUK RUMAH JAA. haha. best kaaaan. bila tengok adik aku penat gila balik skola+sport practice pulak. pehh!! aku bersyukur gila aku dah habis skola. haha.

btw, aku sokong sgtt kau nak start melukis/mewarna tuh. tunjukkan bakat kau weyhh. ;))

lupakan perompak yang tak reti bahasa curi kau punye pensel warna. yang penting kau lukis lagiyy cantekk!

wbbt said...

terima kasih ama.kaw slalu support aku bile aku susah ke senang ke..

*terharuu*

insyaallah aku buat cantik-cantik.nnti aku post.

ehehe,

TheETs said...

hahha.
ak bce ketawe2 siaaaa.
hahhha.
btol! ak x bosan dok umah jugaaa.
tp ad org soh ak keje lah.
aiyaaa.
wa mau g spore lorh.
mls nk keje.
heee

wbbt said...

pi singapurr??

nak ikot??