Monday, February 8, 2010

kimi no na o yobu

bulan februari sudah pun bertandang.keputusan spm bukan lagi bahan untuk bergurau senda.nak ambil course apa bukan lagi topik "saja-saja" tatkala berbual kosong dengan rakan-rakan mahupun teman mama minum teh sambil makan cucur badak.apa kata kita buang jauh-jauh dulu topik nak ambil course apa dan kita panggil dia balik bila dah tiba masanya sebab aku nak kupas beberapa keajaiban yang tak berapa nak ajaib yang berlaku sekitar awal bulan ni.

pertama,abang saudara aku nak kahwin.tema hijau lembut.pelik.sebagai anak seni, aku masih tak faham apa itu hijau lembut.tolong jelaskan?

waktu sekarang ni aku tiada di rumah.yakah??ya.aku di rumah art,sepupu aku.namun,tiada seorang pun di rumah sekarang ni.semua mengejar takdir *pergi perhimpunan hari isnin* dan menyumbang tenaga sebagai staf kerajaan yang tercinta.aku paling pantang bila orang cakap "buatlah macam rumah sendiri".secara tak langsung aku akan buat rumah tu macam rumah sendiri.

dalam awal bulan ni sudah lebih kurang empat sundae stawberry aku kerjakan.masih tertanya-tanya ilmu pukau apa yang mcdonalds gunakan.

semakin ramai teman-teman lama yang menambah aku ke dalam facebook mereka.masih terkejut sejak bila orang pontian dah maju??salah seorang yang menambah aku itu budak lelaki yang semasa aku darjah enam,dia darjah dua.sekarang menghadapi penilaian mudah ringkas (PMR).teringat semasa dalam perjalanan pulang kerumah dia tiba-tiba menarik tangan aku lalu memakan aiskrim yang aku genggam.lalu aku tegur dia di facebook "wah,dah besar dah budak ni."malangnya,aku pun dia tak ingat.

satu lagi keajaiban yang berlaku dalam facebook ,aku telah ditagged dalam satu gambar oleh kawan lama aku sewaktu di sekolah menengah di pontian.aku un memberi sedikit ulasan untuk gambar tersebut.ulasan aku direspon oleh tiga orang lagi kawan lama.kami pun berdebat dalam ruangan tersebut sehingga 267 comments.tidak lama kemudian salah seorang cuba menukar topik.ia berbunyi begini ; "aleena ni yang mana ekk??aku tak kenal la.tengok gambar pun tak cam."mungkin ini balasan untuk aku sebab tinggalkan sekolah tersebut tanpa mengucapkan selamat tinggal.

keajaiban yang lain,tiba-tiba aku berurusan dengan pejabat pos dua kali dalam satu masa.pertama,untuk mengirimkan pendrive kepada wanie, kedua membuat money order untuk membeli buku puisi yang aku idam-idamkan.

aku terpukau dengan televisyen rumah art yang dilengkapi dengan astro beyond.lepas ni sudah pasti lepas ini makin bertambah rancangan yang berdefinisi tinggi.dapatlah tengok segala kerak-kerak pada wajah artis.

0 review: