Sunday, February 21, 2010

febulos feb

istimewanya bulan feb ni sebab banyak benda besar yang berlaku DUA kali dalam bulan DUA ini..jeng.jeng.jeng.

1.DUA KALI DAPAT BELI BUKU YANG DIIDAMKAN.

internet shopping.tak pernah-pernah aku buat binatang tu dalam hidup.ini kali pertama.aku godeh-godeh internet.aku selongkar google.aku jumpa benda yang aku nak.BUKU PUISI UTOPIA TRAUMA.pernah dengar??tak pernah kan??sebab aku pernah dengar.lepas ni boleh la aku berpuisi sambil tengok mama buat muka pelik kat aku.

baru-baru ni,aku ke kota remaja-remaja KL,sunway pyramid.aku jumpa buku ilustrasi bleach.aku nak sangat.tapi aku takda duit.jadi aku pergi sunway buat kali kedua semata-mata untuk beli buku tu.aku ada tiga keping duit.sekarang ni duit aku tinggal dua keping je.lepas ni boleh la aku minum air lobak marigold sambil sengih-sengih tengok muka kurosaki ichigo.

2.DUA KALI GELAK BESAR

satu malam ni,aku buka facebook.aku jumpa satu kawan lama aku ni.aku pun tambah dia.dia budak cina.masa aku sekolah rendah dulu aku selalu pijak kasut dia.baik kan aku ni??lepas tu dengan bajet gilanya aku pun tegur dia dengan harapan dia kononnya tak ingat aku siapa."are you chee han chun??"
"yaya.."
"owh...i wonder if you can recognize me...."
"of course,,you are aleena right???last time i saw you at city square johore bahru with your friends.you were from the education fair at persada right???"
"what???haha!!that was really me!!!how come you dont tegur me???"
"well,i was scared if you're the one who wont recognize me actually..."
"where were you at that time???"
"i was eating at sushi king.and luckily you were eating at sushi king too!!!"
"what the fffffffff!!!haha!!!i guess i was too happy at that time that i didn't see you!!!"
dan ketawalah aku.

yang kedua,baru-baru ini seseorang yang aku minat telah balas tweets aku dengan mengatakan "salam sejahtera mat jambu!!;p".......aneh.aku tertanya-tanya kalau dia tahu orang panggil aku "ali"??????

3.DUA KALI KENA TIPU BESAR!!!

pada berapa-hari bulan-pun-aku-tak-ingat ,cuaca baik,tak banjir dan mama pun tak ada meeting mengejut tiba-tiba azu telefon aku.dia cakap dapat free call.sebab hari jadi mak dia.aku pun "oohh.kirim salam kat mak kau.cakap selamat hari jadi"...pot...pet..pot...pet...1 jam.malam tu aku pun buka blog.dan telah membaca entri terbaru oleh nazurah hamzah mengatakan hari itu hari jadi dia sendiri dan menulis ", so I called Alee, and she didn't know about my birthday, she lost track of time, hahah!".sangat hilarius.merah padam muka aku.nampak sangat aku ni blur padahal aku tahu hari jadi azu bulan feb.

haa!!yang ini paling bangang!!seperti yang aku cerita tadi.aku ke sunway pyramid.berjalan-jalan di ruang legar aku singgah ke satu gerai ni.ada jual gadjet-gadjet nak kenakan orang.salah satunya ialah..kau tahu gula getah wrigley's kan??korang pernah tak kenakan kan orang dengan benda-alah tu nanti sesiapa yang ambil satu gula getah lipas akan muncul???kalau pernah diam,kalau tak pernah diam.haha!!aku pun dengan muka bajet gila buat-buat lah aku tak tahu pasal gula getah tu.aku tarik gula getah tu keluar,tapi lipas nya tak keluar-keluar.rosak ke bang???mamat tu pun cakap "awak tarik kuat sikit".kononnya kalau lipas tu keluar aku nak cakap "auuwww..takutnya...takutnya...tak takut pun!!!".sekali bukan lipas yang keluar,tapi tak ada benda yang keluar!"AAAUUUWWH!!!!!"kuat gila aku jerit.rupa-rupanya kejutan elektrik yang keluar.tak guna punya gadjet.ngilu dalam urat aku sampai ke siku!!



mamat tu gelakkan aku.

3 review:

Anehs said...

lama lama baca aku pening.

hazwani daud said...

mat jambu?? hahaha
agaknye dy mmg engat kau ali kot!
haaa

alee said...

anehs,,kaw tak baca pun mmg kaw dah pening..

wany D:haha!!tu lah pasal!!