Wednesday, January 20, 2010

sarcaspunk

tiba-tiba.aku teringat waktu darjah satu dulu.aku kelas 1 bijaksana.kelas yang sesuai untuk kanak-kanak yang terlebih bijaksana untuk panjat atas kipas sewaktu ketiadaan guru.pedih untuk menyatakannya.aku tepaksa mengaku.sewaktu aku darjah satu,aku memang nampak pendiam tapi siapa sangka aku pernah menyondol kepala si 'abang' darjah 5.berani belaka.

aku teringat akan guru yang namanya masih tersimpan rapi dalam dokumen tahun 1999.cikgu asyikin.arwah cikgu asyikin.guru pertama yang menjadi guru kelas aku.aku mungkin lupa bagaimana rupanya.tapi melupakan namanya-tidak mungkin bagi aku.ada satu ketika,macam biasa kanak-kanak akan bertaruh keberanian antara satu sama lain dengan-mencatat nama pelajar yang bising.berlagak macam pengawas.pengawas pun berlagak macam menteri pakai tali pinggang dolce and gabbana.ketua darjah pun sama bangang.aku juga kanak-kanak yang mudah terpengaruh.kecik-kecik dah pandai pendekkan skirt.orang lain buat bising.aku ikut sama.tulislah nama aku.aku tak kisah sebab aku ada kawan!!

kelas bising belaka.kalau kita ingat zaman kanak-kanak dulu,macam-macam kerjaya ada.ada jurutera aeronotik yang mencipta kapal terbang daripada kertas.ada 'ibu mithali' yang bermain dengan rambut rakan yang panjang mengurai.ada arkitek yang berdaya inovatif menyusun kerusi sehingga jadi tempat lepak.ada ahli politik yang hebat membicarakan isu 'mainan bapak aku beli semalam best'.ada polis makan rasuah yang tidak akan tulis nama rakannya yang bising tetapi tulis nama orang lain yang bising keatas kertas dari buku kotak matematik yang perempuan dibawah huruf P,yang lelaki dibawah huruf L.ada juga yang bergaya cikgu dengan bermain teka-teki di papan hitam.tidak ketinggalan kepada mereka yang bercita-cita untuk ke sepang circuit satu hari nanti,berlumba kereta menggunakan pemadam yang dimodifikasikan menjadi kereta lumba.HEBAT bukan?

soal kelas yang bising.aku tak buat apa-apa melainkan 'mengganggu' konsentrasi mereka dalam mengejar cita-cita.sehinggalah pada waktu itu.kami memang haus dalam soal kePEKAan.kelas kami cuma berjarak lebih kurang 10 meter dari BILIK MESYUARAT.aku terdengar bunyi tapak kasut yang seakan-akan memberitahu aku malang akan tiba sebentar lagi.aku pun cepat-cepat duduk dan mencapai buku cerita "ketam mengajar anaknya" yang mama beli sewaktu meetingnya di ibu negeri.aku pun melindung muka aku dengan buku itu seolah-olah membaca buku tersebut dengan fokus yang maksimum.

"kenapa bising-bising ni??!!tak tahu ke cikgu ada mesyuarat??!!"

arwah cikgu asyikin masuk terpacak di pintu kelas.semua pelajar berlari-lari duduk tempat masing-masing.lalu,kelas menjadi senyap tiba-tiba,hanya bunyi kipas yang kedengaran.*aku masih menutup muka dengan buku tersebut*.mata arwah cikgu asyikin berkeliaran melihat semua budak.

"tengok aleena ni!!orang lain bising!!dia baca buku!!cuba jadi macam dia!!"

kawan-kawan aku sekadar melihat aku dengan wajah yang berkata "aleena kan jahat.macam mana boleh jadi baik tiba-tiba."aku hanya mendiamkan diri.tak lama selepas itu semua orang mencapai buku masing-masing.

kawan aku yang bernama fatin berkata "gila kau.macam mana kau buat??"

aku hanya senyum sendirian.aku memang kanak-kanak sadis.

12 review:

wawanyy said...

aleee
bitaw ckgu!
hahaha
pndi kau kalis ekh
heee

nwy,
nape cikgu tu meninggal??

amalina said...

yay! da boleh komen. xtau la ni kali ke brp aku try nak komen kau. huhu. hasrat aku tercapai.

alee, kau mmg boleh jadi pelakon! mcm dlm kuiz kat FB tuh. haha

wbbt said...

oooho.

cikgu tu sakit lo.

meninggal tiga tahun kemudian nya.

wbbt said...

sory ama!!kalaw selama ni kaw tak boleh komen..

huhu.

and thanks bebanyak sbb komen.

ehehe.

tp..ape kene mengene ngn jadik pelakon??

nzr said...

haha,
post ni mmang seperti mengungkap zaman silam aku dan of course kebanyakan orang yang bace post ni kaaan.

"aleena kan jahat.macam mana boleh jadi baik tiba-tiba."

aku suka!

wbbt said...

kaw kalau pasal aku jahat mmg kaw suka.

heh.

btw,tx 4 the commnents

wawanyy said...

ouhh. sian cikgu tuu
btol la ckp amaaa
alee leyh jd pelakon
sbb dy tbe2 jd baek
hahaha

*kau mmg baek pon. kehkehkeh

wbbt said...

hoho.

aku tak nak jadi pelakon.

aku suke kerja blakang tabir je.

heh.

ala,,mmg semua budak nakal mase kecik2 an.hehe

nzr said...

yela. hari nie cakap itu, esok2 kau jadi ini pulak.

"We'll never know."

heh!

haa. lagi satu, kau tengok laa 'labels' aku. (tentang soalan kau la.)

wbbt said...

we'll never know huh

TheETs said...

haha.
alee3.
agagga:DDD

Anehs said...

dgn toncet kat kepala. ah kaw jgn macam macam
baaaabihihihi