Friday, January 15, 2010

a pitbull darling

sibuk aku berskodeng dengan facebook yang aku biarkan terbukaK dari pukul 7.00 pagi hingga 10.00 malam,*macam kedai fotostat*,salah seorang sahabat pena aku menegur ku.aku bayang kan suaranya yang lembut menegurku di laman web sosial tersebut."alee!!!pastikan blog kau ada cerita best best pasal aku!!!!baik kau buat!!".senang sahaja.*bayangkan watak sheila rusly dalam cucu betong yang cakap dialog tadi*.

ya.

namanya anis afiqah.impresi pertama yang mengePOP dalam minda aku ialah-orang yang ada nama afiqah selalunya cantik.aku tak tipu.memang betul kajian aku selama ni.tak rugi aku kenal ramai orang.

matanya bulat,
pipi sorong dipauh,
berkulit kuning langsat,
rambut hitam lebat bak rakyat timur moshi-moshi,
kecil molek,
tetapi bergigi berlapis.*haha*
memang seiras dengan kuchiki rukia.

Dia kakak sebelah katil,aku adik sebelah katil.*aku lahir dulu sebenarnya*.katil kami bersebelahan sewaktu diasrama.tak hairanlah kami selalu bergusti lidah.

kau cantik,aku hensem.
kau pontianak,aku serigala jadian,
kau tidur,aku baca yassin,
kau belanja,aku makan,
kau suka gula-gula,aku suka coklat,
kau suka gelak,aku suka gelakkan kau,
kau menganjing aku,aku dapat backup*kahkah*,
kau suka filem bunuh-bunuh,aku suka filem lawan-lawan,*siapa ganas??*
kau suka drum,aku suka gitar,
kau tidur hadap tingkap,aku tidur hadap pintu,
kau suka fotografi,aku nak buat filem,
kau pakai paris,aku pakai anna sui,
kau belum cakap,aku dah tahu,
kau cakap,aku dah agak dah.


dari tak kenal,terus jadi kawan rapat.walaupun kau selalu menganjing aku,aku tahu kau tak sampai hati.*bernada sedih*.bila dah kenal macam dah lama kenal.

"itu maknanya kita memang IN"by anishu.




0 review: