Saturday, June 22, 2013

Awek insomnia

Sedar berjaga
kerana pekatnya kopi malam.
Hati terusik
kerana peritnya rasa rindu.
Rasa kopi sebegini
tak seperti malam sebelum ini.
Siapa pula yang diminta
oleh hati kali ini?

Andai secangkir kopi kurang manis
boleh melewatkan malam khamis.
Andai sedekat mana mata aku
boleh memandang cangkir itu,
dan sejauh itu juga jarak
yang memisahkan kita berdua
sudah pasti rindu kita
takkan kenal erti dahaga.

Alee Isa
22 Jun 2013
New short-film script in the making..

0 review: