Wednesday, May 22, 2013

Tissue

Aku seorang yang tak banyak cakap, tapi ada kawan tu adalah juga. Kadang-kadang. Tempat lepak aku, mana-mana tempat yang tenang, bergantung pada situasi. Kalau perlu, ditengah lautan ramai. Sama macam sungai, asal dari mana aku tak pernah ditanya kerana yang penting aku perlu sentiasa ada untuk meneruskan kitaran hidup. Mereka kata kalau aku tak ada janggal kehidupan, aku rasa tak juga. Ada jalannya. Kewujudan aku pula bergantung pada sesiapa. Aku akan ada disaat mereka dah tak tahu nak cari siapa. Bukan aku tak suka, aku pantang dikasihi. Jiwaku nipis. Senang terkoyak. Jangan bilang janji kalau tak pasti, jangan bilang maaf kalau lain kali pasti buat lagi. Tapi akhirnya aku pilih untuk memaafkan mereka kerana aku tak sanggup dibiarkan sambil berdendam rindu mahu berada disisi mereka sampai bila-bila.

Masih ingat latihan karangan masa sekolah rendah? Ini contoh karangan autobiografi yang bertajuk "Aku seorang Tisu". Kalau Tisu adalah seseorang, aku rasa dia seorang yang self-centered. 

0 review: