Saturday, February 16, 2013

Captivation

Dalam dakapan markas latihan, Ichigo tidak sedar sudah dua puluh lapan jam dia berlatih tanpa henti walhal waktu itu sudah tengah hari untuk kali kedua. Suasana siang sengaja digunakan selama enam puluh jam tanpa perlu membekukan masa kerana niat lebih penting dalam waktu cemas sebegini. Demi membalas hutang budi, Ichigo meletakkan hutang malamnya ketepi. Dia kini sedang dalam peluh dan separa lelah. Apalah sangat taaruf selama tiga purnama untuk menyelamatkan seseorang yang pernah membuat kesilapan besar dimasa lampau? Bagi Ichigo, tak mungkin ada ahli esok yang tidak ada dosa semalam. 

Berbekalkan kental dan semangat, dia kini pasti, niatnya sudah sampai ke destinasi yang dihasratkan. Ya, niat sahaja. Zangetsu masih lepak atas batu, memandang Ichigo sambil menunggu soalan. Ia sangat janggal apabila seorang pahlawan sudah bersedia ke medan tempuh tetapi kerisnya boleh menyelenga sambil buat bodoh. Berkali-kali Ichigo menyeru Zangetsu supaya kembalikan dirinya kedalam pedang ditangannya. Sebilah zanpakutou tanpa jiwa Zangetsu samalah seperti pisau tajam tanpa semangat menyembelih. 

"Kenapa kau lepak luar? Aku nampak macam tak tunggu kau ke?"

"Sebab aku tak boleh masuk dalam pedang kau."

"Aku rasa aku dah kuasai kau tiga hari ni. Kuasa kita sekarang berusia sepuluh tahun."  

"Entahlah, aku tak boleh jugak nak masuk."

"Tapi pedang dah kat tangan aku, macam mana kau boleh kat luar?"

Zangetsu terdiam sebentar sambil melihat mata Ichigo. Dia tahu penat dia ikhlas selama ni. Apa hubungan penat dengan ikhlas eh? Oh. Sekarang dia dah tahu jawapannya.

"Mungkin iman kau masih belum kuat."

0 review: