Tuesday, November 6, 2012

Lost and distracted

Maia. 17 tahun. Membesar di bandar yang humble, Kerinchi. Impian dia lahir semasa menonton iklan raya petronas pada tahun 2004. 

"Bapak, aku nak jadi macam dia." sambil memacu fokus pada televisyen.

"Sharifah Amani?"

"Bukan. Orang yang suruh Sharifah Amani duduk dalam tv"

Dia bercita-cita untuk membuka panggung wayang di Kota Bangsar. Dengar cerita Audrey Hepburn mencipta nama disitu. Itu semasa tahun 2004. Dia memang bercita-cita. Kini Maia, 17 tahun. Masih lagi dengan misi yang sama, semangat yang berbeza. Perbezaan yang tidak memberangsangkan.

"Aku give up."

"Dah sampai bangang ke?"

Maia diam. Mungkin tak ada istilah kehidupan baru. Yang ada cuma alasan untuk melangkah keluar dari cerita lalu. Iza masih menunggu jawapan yang dapat membuktikan Maia belum bangang.

"Aku tak cukup matang."

"Sebab tu je?"

"Haah."

Iza memanfaatkan baki akhir yang ada dalam kotak milo-nya, kemudian menarik nafas dalam, diaphragm-nya intensed untuk seketika waktu, lalu menampar pipi Maia tanpa memberinya peluang untuk mengeluarkan kata-kata yang mungkin dapat mengubah takdir itu.

"Kenapa kau tampar aku?"

"Pengalaman mematangkan"



0 review: