Saturday, July 21, 2012

Who needs swag when we have kampung?

Pertama sekali, tajuk entri kali ini secara sumpahnya tak ada kena-mengena dengan apa yang ingin aku kongsikan kali ini. 

Reinvention berasal dari perkataan reinvent yang bermaksud untuk mengubah sesuatu yang asal kepada sesuatu yang baru. Dari mana aku dapat ilham dari perkataan ini? Mari, aku bawa kau semua ke tahun 2010.

Kami (Pelajar intake Julai 2010 Diploma Teknologi Kreatif) telah dibawa masuk ke kampus rendah diri cawangan Puncak Perdana dengan nama Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik. Ramai yang musykil dengan nama fakulti tersebut pada mulanya. Abaikan mereka, kita semua memang mudah ditawan oleh pemikiran masyarakat majmuk. Meanwhile, aku selalu bayangkan semua pelajar yang menelaah ilmu dibawah Universiti Teknologi MARA merupakan seorang 'teknologi'. Bawa bertenang dan buka kamus. Apa maksud teknologi? Teknologi secara amnya ialah sebuah ciptaan yang penuh ilmu. Tidak hairanlah kenapa aku berbangga untuk menjadi sebahagian dari famili Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik. 

Because we are artistic and creative technologies!

Pada 11 Januari 2012, aku telah dilantik untuk menjadi Timbalan Pengarah Projek bagi Program Induksi yang menjadi tradisi pada setiap semester untuk menyambut kedatangan pelajar semester satu. Sebagai seorang timbalan (walaupun tidak rela pada mulanya), aku mahu mengubah persepsi orang diluar sana. Aku tidak pernah rasa pelajar semester satu ni pelajar yang 'kosong', kononnya bertiket Sijil Pelajaran Malaysia. TIKET?! Panas gua dengar masa part one dulu. Kita semua yang berjaya masuk ke universiti adalah golongan yang berilmu. Ya, kita semua 'teknologi'. Program induction pula bukanlah bertujuan untuk merapatkan ukhwah sahaja, malah ia bertujuan untuk mendedahkan kepada pelajar semester satu mengenai kehidupan dalam fakulti yang menggiatkan seni persembahan. Oleh itu, dengan adanya kemasukan pelajar semester satu, terciptalah 'teknologi' yang masih baru. Apa tugas kita yang tua pengalaman? Untuk membimbing mereka kepada sesuatu yang baru dan kreatif. Maka terciptalah Program Reinvention. We welcomed those imported newbies. They are now reinvented into creative technologies! 


Terima kasih Jeycobs Leroy untuk video. 

Sedutan video Program Induction Julai 2010


Sekian, *sambil mengarang Laporan Aktiviti Sepanjang Program Reinvention Jun 2012.

2 review:

Unknown said...

ouhhhhh... know I know what it means

wbbt said...

yeapppp :)