Wednesday, July 4, 2012

mp

Tersebutlah Puteri Raden Anggriani, telah mendengar khabar bahawa Raja hatinya itu sedang mengikuti kursus ulangan dalam subjek kalkulus, untuk kali ketiga. Kalau sudah masuk kali keempat, tiadalah mereka mendapat restu untuk bernikah seawal usia 16 tahun. Maka, mengeluhlah Puteri tersebut, datanglah pula si dayang, cuba memujuk hati Puteri.

"Asal kau tak maki dia je doh?"

Diam. Jawapannya ada. Namun, ia tidak layak untuk diberikan kepada dayang tersebut. Puteri menutup kebongkangan santunnya itu dengan ketekunan menatal iPadnya. Dengan arahan separuh sedar saraf, dayang pun mengundurkan diri lalu lenyap tanda "aku chow dulu". Arakian, tiadalah Puteri terlalu khusyuk akan sifat duniawi laman maya ciptaan manusia itu, maka, beralihlah ia ke ranjang untuk memujuk emosi. Kombinasi keluh dan sedih. Gugur jua manik-manik jernih puteri tak cukup organ itu. Prihatin kulit tangan bertindak sebelum ia menjadi takdir graviti. Puteri menutup tirai penglihatannya, dengan harapan mindanya akan melayar ia ke persada mimpi. Kehadiran seseorang menggagalkan niat tersebut. Puteri pun bukalah matanya, terlihatlah Raja Agung Setiawan baring disebelah, menjemput kepulangan Puteri dari pengembaraan yang belum sampai sempat. Maka, tersenyumlah ia.

"Sebab teguran ini dari hati ke pemikiran, bukan dari maki ke makan-dalaman. Bi, I rindukan you."

Kalau bukan kerana kalkulus, mungkin Puteri tidak tahu apa yang ditunggu dalam hidupnya.







*catatan kali ini didedikasi buat seorang member yang buka topik "Perlu ke kita panggil suami 'abang'?" Sebab aku tak dapat jawapannya sampai sekarang. Hehe.


0 review: