Friday, February 17, 2012

Almost Forever Alone

Dalam mengikuti arus kehidupan remaja, aku menjalani kehidupan manusia darah muda yang tipikal. Sentiasa dahagakan sosial, bersantapkan komunikasi dan dikenyangkan budaya pergaulan. Umur yang macam ni, aku harus akui yang persahabatan adalah perkara yang paling manis. Rasa seksi kejap.

Tapi aku rasa kau tahu yang dalam sosial pergaulan bebas peluk cium tolak tampar persahabatan, aku belum rasa satu perkara. Bercinta.

Perempuan, bukan aku tak suka korang. Aku sayang gils babs kat kalian, tapi agama aku melarang aku untuk kongsi perasaan rindu berdendam dekat kau kau yang cantik jelita lagi rupawan. Lelaki, bukan aku benci korang. Kau kau adalah sekumpulan manusia yang luar hati gagah berani tapi dalam hati berkebun strawberi.

Selama ni kalau ada rasa sunyi, aku tanggung seorang diri. Aku lelaki tak siap atau Aku bukan perempuan siap? Jawapannya ialah aku belum bersedia untuk lepak kat tulang rusuk kiri kau.

2 review:

Raimi Nuruddin said...

Wah, beautiful language :D

Although I find myself speechless besides that one comment :x

alee said...

@Raimi Nuruddin

Now I'm speechless reading your comment xD