Wednesday, December 28, 2011

Young maiden Mona

Mona buka clutch warna margenta miliknya, lalu dicapainya blackberry. Ada bbm masuk. Mona mengeluh lagi. Datin X tak habis-habis mencarinya. Habis kecoh satu akhbar MetroStalker sebut perihal skandal Mona dengan Datuk X dekat kantin sekolah.

"Perempuan, mampu menyorokkan tanda cinta. Lelaki, mampu memalsukan rasa sayang"

Mona pasrah, lalu dicapainya pula iPod touch.

Now playing: Baby by The Padangs.



Tiba-tiba telefon bimbit Mona berdering. Panggilan dari Timun. Oh sahabat, sesungguhnya kau yang aku perlukan dalam situasi cemas macam ni. Aku dah tak tahan dengan tsunami mengumpat sana sini. Punggung mana aku pergi, setan apa aku dengar, atau celaka macam mana aku tweet, ah semua dusta tu diorang modifikasi dahulu sebelum beritahu. Patutkah aku jujur dengan Timun? Dia satu-satunya hidupan laut yang aku percaya buat masa ni. Patutkah? Mona angkat panggilan tersebut.

" Aku tahu masalah kau Mona. Sampai hati kau tak story dengan aku. Bukan aku sorang je ada. Kentang, Ubi, Tauhu Jepun. Semua akan buat apa sahaja untuk kau asalkan kita boleh lepak macam dulu, hangout depan Pavilion Bukit Bintang then mobile upload sama-sama. Berapa kali aku bagitau kau hah Mona? Berapa kali? "

Air mata Mona mengalir lagi.


"Berapa kali aku cuba bagitahu kau, jangan jatuh cinta dengan classmate sendiri?"

2 review:

Raimi Nuruddin said...

Asal tale jatuh cinta dgn classmate? T_T

wbbt said...

Sebab dah banyak sangat dengar issue classmates saling jatuh cinta T_T