Thursday, October 27, 2011

Ghost and Stuff

27 Oktober hari khamis, aku dihidupkan semula pukul 6.30 pagi sebab aku nak ke Istiadat Konvokesyen untuk para Teka-ians yang superior. Lepas tu Ir-sama hantar sampai KL Sentral dengan harapan secara berdikari aku boleh cari pantai paling dekat untuk ke Shah Alam. Perkara yang paling tak tahan kerana dihidupkan semula terlalu awal ialah, aku cepat lapar. Maka aku pun ke Restoran Mat Donal berdekatan untuk alas perut. Harga nasi lemak bungkus kat situ campur cukai Najib ialah RM 5.80. Lalu aku pun kasi anak bujang Mat Donal tu sekeping nota RM 50. Lepas aku makan, aku terus blah dari warung tu dan terus pergi beli tiket Kereta Api Bullet yang terpantas di Malaysia. Aku raba dalam kocek, dalam tas tangan jenama Sony , dalam external purse, ya, baki aku lagi RM 44.20 hilang !

Sabar, bagi aku fikir jap.

***

Aku bukan manusia yang terlalu baik untuk membiarkan aku dilupakan atau aku bukan manusia yang terlalu jahat untuk aku dibiarkan dan dilupakan. Aku cuma. Ya, aku cuma. Kadang-kadang aku rasa memaafkan dengan segera adalah lebih baik walaupun akhirnya aku yang sakit hati.

Kalau aku rendahkan ego untuk kawan karib walaupun dengan ucapan "I Miss You" itu bukan satu gurauan.

Kalau aku bawak si perkasa jumpa Ir-sama walaupun aku tak tunjuk muka yang aku cinta gila kat mamat tu selama ni, itu bukan satu gurauan.

Kalau aku hilang duit yang boleh beli tiket Causeway Link ke Johor Bahru, itu bukan satu gurauan.


Akhirnya aku biarkan aku menjadi yang terjadi.

***

Dengan kudrat tenaga milo ais, aku berlari sepantas internet Unifii , rampas resit yang terbaring kat atas meja yang ada pasangan ni hampir ke situ, aku tak pedulikan muka pelik yang pandang aku, aku bawak jumpa anak bujang Mat Donal tadi. Mamat tu senyum.

"Oh, awaklah yang tertinggal duit tu tadi"

3 review:

aqilah said...

HAHA! ini lawak. bukan gurauan sumpah.

wbbt said...

@aqilah amboi ! :p

tashanajwa said...

anda telah di tag.. sila ke blog sy. :)