Sunday, September 4, 2011

Grey

Sebelum mereka menjemput aku pulang raya, aku ada borak dengan Lanlan.

"Lan, kenapa kita sayang dekat orang yang kita tak nak? Dah nampak keburukan pun, tak boleh lupakan"

"Kau pernah mintak kebahagiaan bila berdoa tak?"

"Aku selalu lupa"

Hari-hari yang kita jalan ni sebenarnya eksperimental. Manusia tu kan proses kitaran pengalaman yang dibantu oleh komponen yang berada dibumi serta disintesis oleh perasaan. Demi membantu proses ini berterusan, manusia memerlukan satu zarah besar hasil partikel merah jambu yang kau kau semua akan familiar lepas ni. Cinta.

Untuk umur 19 tahun, aku mungkin tak layak untuk menghuraikan maksudnya. Ia subjektif. Cinta kepada keluarga. Cinta kepada kekasih. Cinta kepada haiwan. Cinta kepada alam sekitar. Hmm, tipikal. Cinta kepada sesama jantina. Cinta kepada lukisan sendiri. Cinta kepada lemak manis nikotin dalam rokok. Cinta kepada rumahtangga ibubapa. Cinta kepada Tuhan?

Aku selalu lupa. Semakin dalam cinta yang kita selam, semakin dekat kita dengan Allah. Kalau kau kata kau tak ada cinta dalam hati, kau tipu. Sebab cinta, kita ada Tuhan dalam hati.





#nowlistening Andvari by Sigur Ros

2 review:

run aziluz said...

aku selalu doa bahagia. tapi aku taktahu sama ada aku punya doa dah makbul atau belum.

alee said...

hmm, yang tu agak rumit laa :/