Thursday, September 29, 2011

Cup of Teh Tarik

Hai yang disana. Tatkala semua manusia darah muda sibuk berperang pena di zaman internet luas tanpa had benua, aku pula dah jarang bercanda disini, barangkali terleka dengan adegan suka duka semester tiga. Mari, hari ni aku nak kongsi beberapa kugiran yang menjadi medium persahabatan antara aku dan ear-phone.


Two Doors Cinema Club

Kugiran Britpop ini berasal dari Ireland. Usikan drum dan guitar oleh ahli-ahlinya sangat membina semangat cinta aku terhadap mereka.

Bombay Bicycle Club

Asal dari United Kingdom. Kugiran indie yang tak berapa tipikal kerana mereka gemar menggunakan gitar klasikal.

Foster The People

Nampaknya hari ni dah ramai kemaruk sakan dengan alunan muzik yang dihasilkan kugiran yang berasal dari California ni. Cuba dengar Mix.Fm sekarang dan tunggu keluar lagu "Pumped up Kicks" . Kalau dah sebulan baru nak baca post ni, lupakan niat anda.

The Strokes

Kalau cintakan muzik Indie, mustahil tak cintakan yang ini. Atau itu falsafah kosong aku? Tak kisahlah. Kugiran dari New York, tapi membawa pengaruh yang besar dalam industri muzik Indie British. Cinta aku terhadap Julian dah berputik dari bangku tingakatan lima, sejak pertama kali dengar "You only live once". Oh ya, kami kenal melalui kawan karib saya, Anishu :)

Asian Kung-fu Generation

Kugiran dari Yokohama, Jepun. Setiap harmoni yang mereka cipta, memberi suntikan berahi dan semangat seni. Ada beberapa lagu mereka dijemput untuk membuka tirai animasi Jepun yang terkenal seperti Naruto, Bleach dan Fullmetal Alchemist Cadangan lagu: Haruka Kanata, After Dark dan Re:Re

Sigur Ros

Kugiran berasal dari Iceland. Muzik mereka tidak tipikal kerana mereka menghasilkan muzik kreatif melalui gitar yang dimodifikasi dari cello. Jonsi sahaja yang main gitar guna bow. Ada berani?

Yunalis Zarai

Ok, yang ini bukan kugiran. Siapa tak kenal dengan bekas pelajar Universiti Teknologi MARA ni. Anak Malaysia yang mempunyai vokal inspirasi dari Fiona Apple. Selain ada Mat Tahir yang kool, aku cemburu dengan beliau ini kerana bakat menulis. Lagu yang paling memberi impak pada aku hingga hari ini ialah "Penakut".



Selagi mereka-mereka ini wujud dalam playlist, fantasi aku takkan keluar dari infiniti.

6 review:

YNA♥ said...

entry ni best ! suka suka

Anonymous said...

Kau buat aku rasa nak tulis jugak entry pasal artis-artis favorite aku tapi mungkin bkn sekarang sbb nanti nmpk mcm copycat. Huhu.

wbbt said...

@Rahim laaa. update je laaa. as long as kau tak copy apa yang aku minat? LOL

Anonymous said...

Haha. Dalam perancangan.

Unknown said...

Cool... Stakat ni aku xde sesiapa lagi yang memberi aku inspirasi tapi lepas baca post kau nak cari jugak sumber inspirasi

wbbt said...

Aku ada sebut pasal sumber inspirasi ke? -..-