Thursday, May 12, 2011

rocketeer

Sebelum aku susun jari kaki nak masuk UiTM kan, aku ada terfikir bidang apa yang aku nak masuk sebenarnya. Memanglah aku mahu berada di persada seni layar. Tapi yang lebih terperinci. Mat Saleh kata details. Dengan harapan yang kuantum, aku sediakan dulu semangat yang maksimum.


Aku jeles.

Jeles dengan beberapa member dalam kelas yang taruk inisiatif power power untuk bagi hasil yang power. Aku pun nak lakukan modulasi macam mereka yang power tu. Tapi mana nak mula ya? Aku rasa aku ada sebut pasal bidang tadi.

*tarik nafas*

Secara visualnya, aku suka me-lalok sorang-sorang macam yang aku tengah buat sekarang ni. Nampak tak? Macam ni, aku lebih suka keluarkan sesuatu dari camtumkan sesuatu. Dua dunia yang aku kaitkan ini adalah dunia pre-production dan dunia post-production. Sudah terang lagi nak pasang 4000 watt, aku barangkali tidak layak ditempatkan dalam dunia post-production sebab aku tak ada kimia dengan seni menjahit video. Editing. Aku lebih suka bahagian penataan seni, dimana aku boleh buat apa yang aku suka terhadap set berdasarkan skrip. Dunia production design ni macam pegang berus dan pallete. Itu aku suka. Tapi bila dah wrap aku tak nak tahu apa jadi kat footage tu semua yang aku tahu benda tu dah ada dan lawa. (kerek gila)

"Director yang baik adalah seseorang yang boleh mengarah dan edit video" - Iqram Mianji

Tapi

"Production Designer yang sebenar ialah orang yang mampu lukis storyboard " - Ahmad Saifullah Mohd Khair



Walaubagaimanapun, selagi neuron aku berlari kesana kesini, aku akan cuba belajar sesuatu yang baru. Lembab macam mana pun broadband tu, tugasnya tetap mencari line kan?



0 review: