Monday, November 15, 2010

Johor dua kali ganda sejuk dari Puncak Perdana


aku rasa setiap umur ada pintu dan ruang yang berlainan dimensi.umur aku sekarang 18 tahun 1 minggu.oh.ya.aku kini berada dalam bilik nombor 18.Tiada lagi bilik bergantung uniform sekolah.Aku sedar itu.Tiada lagi bilik penuh perasaan bergantung pada orang lain.Aku masih baru di ruangan baru ini. Diakhir hijau warna daun.

maka.

sediakanlah aku dengan perabot segala.yang melengkapi bilik baru aku.mulakan dengan cat dinding dengan warna yang sesuai dengan 18.warna putih.barangkali rasa suci dari masalah duniawi.Jangan warnakan warna hitam.nanti tidak kelihatan bayang2 masalah dan durjana yang menimpa diri. Sediakan aku kerusi yang kukuh.agar aku boleh berehat sebentar tatkala penat lelah menyelesaikan misi yang susah bagai.Agar aku tak mudah mengalah.Agar aku boleh sambung berjuang untuk selesaikan misi seterusnya.Sediakan aku meja yang besar dan luas.agar aku bisa melakukan sesuatu dengan teliti tanpa otak rasa kusut bagai penat memikirkan cara pengurusan yang terbaik.Sediakan aku katil dan tilam yang selesa.agar aku bisa tenggelam dalam mimpi yang infiniti sementara menunggu pagi yang akan kejut bersama realiti.semoga aku akan bangun segar dengan ilham yang membugar.akhir sekali.penuhkan ruangan dengan kehadiran kalian.paling tidak.coretkan apa sahaja memori yang ada.agar aku tidak pernah lupa.bahawa semalam-semalam aku pernah ada bersama kalian.

bersama bantu penuhkan ruang kamar sahabat pena yang lain?pernah bukan?





yang baru 18 tahun.buekkk.

0 review: