Saturday, April 3, 2010

kuchiki anishu

daripada dulu,aku memang gila anime.masa sekolah rendah aku layan dragonball dengan digimon.terlalu ghairah sampai aku pernah buat koleksi figura-figura digimon yang dibeli melalui telur-tikam-masukkan-duit-syiling tu.

masa tingkatan empat,aku mula ghairah dengan animasi bleach.akhir tahun tingkatan empat.aku masuk asrama.dah masuk asrama,aku memang tak boleh tinggalkan alam kartun lawan-lawan pedang aku.aku toleh kiri,aku pandang depan.aku toleh kiri lagi?

aku mimpi ke?

alamak.macam mana watak dalam bleach boleh hidup ni?aku risau kalau-kalau aku mimpi.aku ambil gunting....

"woi,buat apa tu??"

okay,ini bukan mimpi.memang watak hidup.



nama beliau di "alam sebenar" dikenali sebagai anishu.

ini beliau masa di alam bleach.nama beliau kuchiki rukia.sama tak??pada aku sama.



weh,kau tinggal pakai kimono hitam lepas tu terbang dan gayut di tingkap bilik aku.aku percaya itu 'kau'

tapi kenapa kau gunting rambut??????????

1 review:

Uncle Limau said...

boleh la jgak..try la masuk cosplay