Thursday, April 29, 2010

i wrote-boleh ke tak boleh?

boleh ke tak boleh?


boleh tak aku bercakap?
aku rasa nak cakap segala benda.
eh comelnya,
eh kiutnya,
eh aku suka hidup ni.

boleh tak kau diam sebentar?
aku rasa kata-kata kau tu,
satu propaganda murah.
simpan untuk parti lain.

boleh tak bagi aku rileks?
aku dah penat mendengar.
dah terlajak dari tujuan sebenar.
pinjamkan aku masa.
walaupun tak pernah diizinkan.

boleh tak aku berkawan?
mungkin dengan seseorang bernama malang.
umurnya sebaya dengan aku.
mana tahu satu kepala.
mana tahu boleh kongsi sedih bersama.
mana tahu dapat hulurkan tangan untuk bangkit semula.
siapa tahu.

boleh aku cuba sekali lagi?
sebab aku rasa peluang sentiasa ada.




29 april 2010
9.30 pm.
sebenarnya boleh ke tak boleh ni?

2 review:

hazwani daud said...

suka gler entry ny!! :)

alee said...

hee!!

thank you.:)