Tuesday, January 12, 2010

and the actually is


cinta boleh wujud walaupun selalu bergaduh??



hiraukan iklan minyak wangi diatas.seronok anda bercanda dalam blog aku ni,aku nak cerita tentang perkara yang unik apabila anda pindah dari satu sekolah ke sekolah yang lain.tak ramai yang lalui apa yang aku terjah dalam hidup aku.perkara pertama yang kau akan rasa bila masuk sekolah lain ialah:

semua orang nampak sombong.

itu prinsip pertama aku bila masuk sekolah baru dua tahun yang lepas.teknik utama aku ialah.kau perlu berlagak baik.kalau orang tanya baru jawab.kalau sebelum ni kau banyak cakap,jangan tunjuk banyak cakap kau pada orang lain.teknik kedua,jangan banyak cerita pasal sekolah lama kau.kalau dah seminggu kenal,baru boleh cerita macam-macam.waktu paling sesuai untuk tunjuk tanduk ialah dengan dua syarat:

1.dah sebulan di sekolah baru.
2.kenal sekurang-kurangnya 60 orang kawan.

aku bersyukur sangat sebab aku diberi satu tabiat yang sukar dipadam iaitu-mengetahui nama orang itu dahulu tanpa bertanya dengan sesiapa pun.aku mengaku aku kenal banyak nama tapi kalau dah lama tak jumpa aku lupa mukanya bagaimana rupa.itulah otak aku.otak yang melebihkan dominan bahagian kiri.lebih ingat nama dari muka.sampai sekarang pun aku hampir-hampir ingat kesemua nama rakan sekelas sekolah rendah.tujuan aku cerita pasal benda ini ialah aku nak dedahkan tentang seronoknya bila kau kenal ramai orang.lagi-lagi bila kau dapati semua orang mempunyai masalah yang berlainan.tak semua orang sempurna.kekayaan,cinta,konflik dalam keluarga,kegagalan dalam peperiksaan,kecantikan, semua adalah punca masalah seseorang.tak semestinya berlaku dalam sekolah, dalam membuka tirai baru kehidupan pun.

0 review: