Wednesday, September 5, 2012

myster y

Episod 1.

100 tahun yang lalu, aku mengenali seseorang mirip Jonsi ini. Kurus macam percakapannya. Tinggi macam cita-citanya. Paras rupa, tak terdefinisi. Dia disitu, aku cuba mengkawankan diri, tapi jauh. Ada khabar mengatakan, kalau aku berjaya mendekati hatinya, gugur hati pari-pari yang menjaganya. Jangan risau, ini cuma cerita. Pari-pari merupakan seorang kuat. Kalau nak dibandingkan dengan aku yang miskin daya tarikan, aku bukanlah siapa-siapa. Pada suatu hari, entah dari mana aku dapat satu kekuatan untuk mengatakan...

"Kau dah makan?"

"Dah"

Terdiam dia satu dekad. Diam dia mereflekskan senyuman aku. Tak pernah menyedari kewujudan aku di kota ini mungkin. Siapa mamat ni? Aku pernah jumpa kah? Dia minat band dari negara mana? Iceland kah? Itu soalan-soalan yang aku reka untuk mengandaikan bahawa dia memang sedang tertanya-tanya. Detik sebentar tadi telah banyak mengubah takdir tilikan aku untuk hari ini. Tak salah lagi, aku memang manusia. Perbualan merancak, pengetahuan meluas namun ia tak dapat mengubah, selepas siang ada malam. Kami terpaksa berpisah di garisan greenwich kerana kami tinggal di dimensi yang berbeza. 

"Selamat Hari Raya"

Kata-kata akhirnya itu, aku selitkan dengan harapan agar dapat berjumpa dengannya lagi. Keesokan harinya, aku terjumpa seseorang mirip Jonsi sekali lagi. Sama seperti 100 tahun yang lepas, cuma kali ini dia tidak lagi mengenali siapa aku. Sama ada aku hanyalah projeksi pengalamannya yang dilahirkan semula, atau persahabatan kami 100 tahun lepas adalah ditengah-tengah antara rahsia dan mimpi.



*bersambung*


0 review: