Monday, May 14, 2012

aamf

Rindu. Tidak dikira dengan berapa kali kau pangkah dalam kalendar peribadi. Tidak dibilang dengan kali terakhir kalian berkomunikasi. Tidak dihitung dengan berapa banyak kau meluahkannya. Tetapi diukur melalui sejauh mana dia mampu meragut lari kekuatan kau untuk fokus pada peristiwa semasa yakni baris kelima dalam entri aku ini. Ha, kantoi.

Aku cemburu melihat gadis-gadis yang memanfaatkan penggunaan kamera (walaupun kualiti visualnya kurang 10 megapixel) semata-mata untuk mengabadikan memori sempoi dengan kawan-kawan lalu memuatkannya dalam album segera di facebook. Bukan aku tak ada, cuma tak mewah dengan kesempatan untuk jumpa lepak-lepak.

Selingan kat bawah ni mengingatkan aku yang kita pernah nangis macam ni sebab kau tak nak gunting rambut aku. Poyo gila masa tu, aku tak jadi marah, aku rapatkan balik katil kita. Oh ya, aku juga pernah nangis macam ni sebab aku rasa kau lagi cantik dari gadis-gadis tambatan kat sekolah. Betul weh, aku tak tipu.



Bila kau kahwin nanti aku nak pakai baju kurung Vera Wang dan sepasang telinga arnab.





p/s: Maaf, entri aku kali ini agak astrobella. Aku pun ada bespren gak nak sayang sayang.

0 review: