Friday, April 27, 2012

Agony

Apabila seseorang dah biasa tinggal dalam gelap, dia akan susah nak terima apa-apa jenis cahaya yang lalu depan mereka. Bukan kolot, tapi takut tenggelam dalam kemewahan cahaya, sampai lupa tujuan asal hidup suatu masa dahulu. Bila ada satu cahaya datang, kita cuba tolak, tapi ada satu sifat radiasinya dimana cahaya ini memiliki intensiti dan gelombang yang degil, secara tak langsung menderhakai teori fizik yang mengatakan cahaya bergerak pantas. Seseorang ini percaya satu lagi teori iaitu cahaya ini memiliki tenaga yang infiniti sukatan joule-nya, dengar khabar manusia menamakannya 'sayang'. Apa tujuan cahaya, untuk menerangi hidup atau meraikan kegelapan? Tak kiralah apa tujuannya, kalau kita dah cuba untuk datang sebagai cahaya, janganlah kita pergi macam cahaya, yang kelajuannya 300,000 kilometer per saat. Bukan buta mengejut yang dirisaukan. Tetapi buta dengan kekeliruan.

0 review: