Saturday, August 6, 2011

A piece of honesty

Untuk Si Perkasa



Aku mahu menulis kau
Karya yang indah dariNya
Perkasanya dirimu menggalas tabah
Sama seperti besi gagah yang memegang baris gigi dengan semenggah
Kalaulah benar lakaran senyum yang kau ada
itu lukisan yang menutup jiwa rebah
Aku rela kalau dituangkan semuanya
keatas kanvas yang aku tadah.

Jadi dengan kudrat pena ini
aku gigihkan ilham,
aku dakwatkan apa yang terpendam.
Baca suara jujur ini,
Dengar tulisan tulus ini,
Ah, itu pun aku tau
kau susah nak faham.

Dendamnya rindu kerana tak dibalas
Pedih lagi hati kerana perasaan tak selari
Mahu saja aku bilang benci
Tapi kesal aku juga yang menangis nanti.
Hadirnya kau mendominasi ruang yang kosong ini
Melayarkan alasan hingga aku sedar diri
Kau yang diterperkasakan indah,
tak mampu aku pindahkan dalam tulisan.



Alee Isa
07 Ogos 2011
Kau punya pasal, aku tunggu sampai rambut panjang.

4 review:

Unknown said...

Its getting obvious..

wbbt said...

Just wanted to let people know. Before I let him go.

run aziluz said...

salam n hi :) sedap!

orang datang sini nak bagitau

blog yg dulu tak betul sikit. ni link blog baru. kalau ada masa datanglah okay :) blog lama tu dah tak guna lepas ni, guna blog baru je.

runaziluz.blogspot.com

wbbt said...

Thanks @run aziluz . Patutlahhh dah lama tak nampak hupdate -..-