Thursday, December 23, 2010

Demonstrasi sunyi

Beberapa hari yang lepas aku ada cipta beberapa karakter untuk karya yang aku sedang bikin. Aku terfikir akan watak yang tak berat, tak terlalu heroistik, tak perfek tapi tak tak tipikal.


**

Hidup ini tak semuanya enteng dan gampang. Bila ilham dah kurang aku mula risau. Jangan kata pancut keluar, mengalir pun tak nak. Idea aku sedang kemarau. Kena dengan musim salji bulan Disember ini. Dan baru-baru ini aku menerima beberapa tetamu yang tak diundang pada dahi aku yang sepatutnya mulus ini. Bondaku menyedari akan hal ini lalu membuat asumsi " Dah 18 tahun?"

Mungkin ya. Sebab aku sedar baru-baru ini pemikiran aku agak, geli untuk menyatakan, lain. Aku mula risau apabila baru-baru ini aku mula menonton sandiwara "House" di siaran Axn dan "Castle" disiaran Star World.

Mungkin tidak. Kerana kebelakangan ini banyak tensi pecah masuk. Terlalu banyak mendengar masalah orang lain barangkali. Jangan risau. Aku dah biasa mendengar dan membaca kalian. Jadi kenapa ya?


Kenapa aku seorang sahaja yang kena perubahan geli ini pada akhir remaja?

**

Berbalik pada proses penciptaan karakter, aku tak tau kenapa, tapi aku suka nama Liyana.:)

3 review:

aqilah said...

ehemm.jururawat kah?

Anonymous said...

rileks sudah. Dah berapa bulan tetamu tu x datang ke muka aku. Tiba-tiba masa kat Puncak, boleh plak dia atau mereka datang balik. Haha.

wbbt said...

kelakar aa korang nihh.:)