Saturday, January 2, 2010

hearing damage


kebahagiaan jarang bertandang.tapi kalau ia hadir,hargainya.

dalam melalui platform baru habis spm,alhamdulillah,aku berjaya daftarkan diri untuk kelas memandu serta kelas memetik gitar.kelas mula minggu hadapan.baru-baru ni,aku membaca buku berfigura hitam putih oleh salah satu orang yang aku tabik juga seorang pencipta komik yang dikenali sebagai ZINT.Under 18 fearless.nama yang melambangkan watak-watak dalam cerita itu membuktikan bahawa umur bukan lampu merah untuk menunjukkan keberanian.haha.

selain meletupkan bilik dengan penawar hati(gelak tawa).aku menghayati ceritanya.zint membuktikan bahawa tak semua orang jahat dalam dunia ni jahat.senang cerita walaupun kelab kaunseling yang ditubuhkan dianggotai oleh dua orang wanted dalam sekolah,sekurang-kurangnya mereka kenal erti persahabatan.buat masalah tu perkara biasa dalam setiap sekolah.cikgu tak boleh salahkan pelajar sahaja kalau berlaku kes jenayah sekolah,sebab,kalau tak adanya jenayah kat sekolah,pelajar pun tak akan kenal apa itu jenayah.dan melalui jenayahlah,mereka dapat belajar melalui kesilapan.

0 review: